1. Pengenalan kepada kaedah
penyelidikan dalam
pendidikan
pendidikan
1.1 Tujuan penyelidikan dalam pendidikan
Menurut Gorg & Gall (1989), penyelidikan mempunyai
rasional yang tertentu ke arah menyumbang kepada pembinaan pengetahuan baru.
Menurut Weber (1993), penyelidikan dapat membantu penyelesaian masalah yang
dihadapi dalam kehidupan. Secara kesimpulan,
rasional membuat penyelidikan adalah berasaskan sebab-sebab berikut.
· Membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena
yang bakal berlaku (prediction).
Penyelidikan
dapat menyediakan maklumat yang penting berkaitan dengan fenomena yang
dijangkakan, contohnya, jangkaan terhadap pencapaian pelajar dalam sesuatu
peperiksaan.
· Membuat penambahbaikan
terhadap sesuatu keadaan atau program (Improvement)
Dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau
organisasi untuk memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas untuk
memperbaiki kelemahan yang ada.
· Memberi penjelasan (explanation)
Penyelidikan dapat menjelaskan fenomena
yang dikaji.
· Menyediakan deskripsi sesuatu fenomena.
(Description)
Dapat menyediakan deskripsi berkaitan dengan bidang yang
dikaji dalam membantu untuk memahami fenomena yang dikaji.
Menyediakan maklumat statistik yang diperlukan oleh pihak
tertentunya. Contohnya, Policy
Makers.
· Membantu menyelesaikan masalah (Problem
Solving)
Dapat membantu ke arah penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang timbul
1.2 Ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan
Penyelidikan sebagai pendekatan yang saintifik dalam
menghasilkan ilmu mempunyai dua ciri utama, iaitu ia dijalankan mengikut langkah-langkah
yang logikal dan mematuhi kaedah saintifik.
(a)
Langkah-langkah logikal
· Mengenal pasti keaslian masalah yang dikaji
dan bidang pengetahuan berkaitan.
· Melakukan tinjauan literatur untuk memahami
bagaimana orang lain telah menghadapi/ menyelesaikan masalah/isu.
· Pengumpulan data secara tersusun dan terkawal
untuk memperoleh keputusan yang sah.
· Menganalisis data yang setimpal/berkaitan
dengan masalah/isu.
· Membuat kesimpulan dan generalisasi.
(b) Penyelidikan perlu mematuhi suatu
kaedah saintifik. Ini
bermakna ia dapat mengintegrasikan keterangan induktif dan deduktif.
· Keterangan Induktif : daripada
kenyataan-kenyatan khusus kepada kenyataan umum.Seseorang penyelidik membuat pemerhatian
terhadap peristiswa-peristiswa tetentu (fakta-fakta konkrit). Setelah penyiasatan, beliau akan membina
jangkaan tertentu.
·
Keterangan Deduktif :
daripada kenyataan umum kepada kenyataan-kenyataan khusus “Kalau Encik A guru tidak terlatih, beliau
tidak akan menggunakan ABM/ABPP semasa dia mengajar”
1.3
Pendekatan inkuiri dalam penyelidikan pendidikan
a. Pendekatan ‘positivist’
· Proses penyelidikan dilakukan secara objektif
· Menggunakan instrumen untuk mengukur
pembolehubah tertentu
· Data dianalisis secara
numerik dan juga secara statistik
· Bersifat Kuantitatif
· Untuk mendapatkan penjelasan
· Membuat pembuktian atau mengesahkan
· Untuk membuat generalisasi
b. Pendekatan ‘interpretive’
· Proses penyelidikan yang dilakukan untuk
membolehkan penyelidik memahami fenomena yang dikaji melalui penelitian kepada
subjek yang yang ada dalam fenomena itu
· Makna dan kefahaman diperolehi melalui
pentafsiran secara subjektif melalui pemerhatian, dokumen atau temubual
c. Pendekatan ‘critical’
· Mengkaji nilai-nilai
yang ada dalam sesuatu masyarakat bagi
menentukan perkara-perkara yang kurang sesuai
diamalkan
· Tugas penyelidik
mengutarakan pandangan dan cadangan untuk perubahan
1.4 Pendekatan penyelidikan di sekolah
1.
Pendekatan kuantitatif
Penyelidikan
kuantitatif ialah penyelidikan yang sistematik berdasarkan nilai numerikal atau statistik. Tujuannya ialah untuk :
· Menguji teori
· Melihat hubungkait angkubah
· Menerang fenomena dari
segi “sebab penyebab”
· Membuat ramalan
· Membuat tinjauan
2. Pendekatan
kualitatif
Satu
usaha untuk memahami sesuatu situasi itu dalam keadaannya yang tersendiri.
Bagaimana individu itu bertindak, berinteraksi, menjalani kehidupan harian
secara neutral, menunjukkan reaksi dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang
ditempuhi, Input akhirnya ialah satu hasil kajian yang memberi kefahaman yang
mendalam mengenai kehidupan sebenar responden yang dikaji (Patton, 1985).
Tujuannya ialah:
· Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan
memahaminya
· Meneroka sesuatu bidang yang belum dan
kurang dikaji
· Memahami perspektif responden kajian
terhadap sesuatu fenomena yang dipilih
· Memahami sesuatu
fenomena sosial secara mendalam
· Membina teori melalui
pendekatan induktif (teori yang dibina berasaskan data kajian)
3.
Perbezaan Ciri-ciri
Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif
PERKARA
|
KUANTITATIF
|
KUALITATIF
|
Istilah
yang berkaitan dengan pendekatan
|
Eksperimental
‘Hard data’
Perspektif luaran
Empirikal
Positivist
Fakta sosial
Statistik
‘Etic’
|
Etnografi (Kajian tentang sosio budaya)
Kerja lapangan
‘Soft data’
‘Symbolic Interaction’
Perspektif dalaman
‘Naturalistic’
Ethnomethodologi
Diskriptif
Pemerhatian turut serta
‘Phenomenological’
Dokumentari
Riwayat hidup
Kajian kes
Ekologikal
‘Emic’
|
Konsep
utama
|
Pemboleh ubah
Mengoperasi Definisi
Kebolehpercayaan
Hipotesis
Kesahan
Kesignifikanan
statistik
Replikasi
ramalan
|
Makna
Pemahaman sejagat
Definisi situasi
Kehidupan harian
Pemahaman
Proses
Rundingan
bertujuan praktikal
pembinaan sosial
‘Grounded Theory’
|
Gabungan
teori
|
Structural
functionalisim
Realism,
Positivism
Behavioralisme
‘Logical
Empiricm’
‘Systems
Theory’
|
‘Symbolic
Interaction’
‘Ethnomethodology’
‘Phenomenology’
Budaya
Idealisme
|
Gabungan
Akademik
|
Psikologi
Ekonomi
Sosiologi
Sains
politik
|
Sosiologi
Sejarah
Anthropologi
|
Matlamat
|
Menguji teori
Memperjelaskan fakta
Perihalan statistik
Hubungan antara pemboleh ubah
Ramalan
|
Membina
konsep
Memerihal
realiti pelbagai
‘Grounded
Theory’
Meningkatkan
pemahaman
|
Reka
bentuk
|
Berstruktur
Ditentukan lebih awal
Formal
Spesifik
Prosedur
kajian yang terperinci
|
Terbuka
kepada perubahan
Fleksibel
Umum
Membuat
tekaan terhadap cara penyelidikan
|
Penulisan
cadangan penyelidikan
|
Panjang lebar
Terperinci dan jelas fokusnya
Prosedur spesifik dan terperinci
Tinjauan bahan kajian yang mendalam
Ditulis sebelum data dipungut
Menyatakan
hipotesis
|
Ringkas
Spekulatif
Mencadangkan bidang penyelidikan yang hendak dikaji
Ditulis selepas mendapat sebahagian daripada data
Tinjauan bahan kajian tidak mendalam
Pernyataan pendekatan yang umum
|
Data
|
Kuantitatif
Koding boleh dikira
Kiraan dan ukuran
Pembolehubah
yang boleh didefinisikan
Statistik
|
Diskriptif
Dokumen peribadi
Nota kerja lapangan
Gambar
Pendapat perseorangan
Dokumen rasmi
Bahan-bahan artifak
|
Persampelan
|
Besar
Berstrata
Kumpulan kawalan
Tepat
Pemilihan secara rawak
Mengawal
pengganggu pembolehubah
|
Kecil
Tidak mewakili populasi
Persampelan teoritikal
Perposive (bertujuan)
|
Teknik
/ kaedah
|
Eksperimen
Tinjauan
Temubual berstruktur
Kuasi eksperimental
Pemerhatian
berstruktur
Set
data
|
Permerhatian
Mengkaji pelbagai dokumen dan artifak
Pemerhatian turut serta
Temubual tidak berstruktur
|
Hubungan
dengan responden
|
Jangka
pendek
Hubungan
tidak akrab
Mengekalkan
status sebagai penyelidik dan responden
|
Empati
Menekankan unsur kepercayaan
Kesamarataan
Hubungan mesra
Responden sebagai rakan
Mengutamakan keobjektifan
|
Alat
Kajian
|
Inventori
Soal selidik
Indeks
Komputer
Skala
Ujian
|
Alat
perakam suara
‘Transciber’
Penyelidik
bertindak sebagai alat kajian
|
Analisis
data
|
Deduktif
Dilaksanakan selepas pungutan data
Statistikal
|
Berterusan
Model, tema dan konsep
Induktif
Analisis
bersifat induktif
‘Constant
Comparative method’
|
Permasalahan
dalam menggunakan pendekatan
|
Mengawal
pemboleh ubah yang lain
Terlalu
rigid
Kesahan
|
Mengambil masa panjang
Kesukaran menyaring data
Kebolehpercayaan
Prosedur tidak rigid
Sukar mengkaji responden yang besar jumlahnya
|
1.5 Etika dalam penyelidikan pendidikan
a) Etika penyelidikan
Etika penyelidikan merujuk kepada peraturan-peraturan/
code atau satu set prinsip/nilai moral yang berperanan sebagai panduan dalam
menjalankan penyelidikan. Para penyelidik perlu menunujukkan perlakuan yang
mematuhi etika semasa menjalankan penyelidikan.
a) Kod etika penyelidikan
Dalam etika penyelidikan berbeberapa elemen perlu diberi
perhatian oleh penyelidik seperti berikut:
1.
Mendapat Kebenaran
(informed consent)
Isu
mendapat kebenaran daripada responden untuk kajian adalah kompleks.
‘Informed
Consent’ merujuk kepada kebenaran yang diberi oleh responden setelah memahami
beberapa perkara berikut:
o Matlamat dan tujuan kajian
o Apa yang dikendaki oleh responden
o Semua akibat yang mungkin timbul daripada
penglibatan/ tidak dalam penyelidikan.
o Sekiranya fokus atau sampling berubah,
perundingan semula perlu dibuat
o Dalam kes yang melibatkan responden yang
kurang berupaya untuk memberi kebenaran seperti ada penyakit mental atau
kanak-kanak, cadangan kajian mesti diterangkan dan justifikasi prosedur untuk
melindungi hak responden.
2.
Penglibatan
(Participation)
o Bakal responden perlu diberitahu tentang
matlmat, kaedah, faedah dan masalah yang mungkin timbul dalam kajian.
o Mereka juga patut diberitahu setakat mana
penglibatan mereka dalam penyelidikan tersebut.
o Mereka perlu diberitahu penarikan diri dalam
kajian tidak membawa apa-apa kesan negatif
o Mereka boleh membuat komplain terhadap
tingkahlaku penyelidik dengan mengikut prosedur tertentu.
3.
Kerahsiaan
(Confidentiality)
o Cadangan dan pelan kajian mesti menyatakan
bagaimana kerahsian maklumat dijamin berkesan.
o Perlindungan hak responden diutamakan.
o Prosedur tidak telalu rigit yang mengongkong
respondent.
o Pengkaji mungkin boleh berkongsi maklumat
dengan ahli kumpulan dalam komuniti penyelidikan
4.
Anomiti
o Penyelidik mesti
menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti respondent.
5.
Rundingan
(Negotiation)
o Rundingan melibatkan perkara-perkara berikut:
§ Mendapat kebenaran dari institusi
§ Mendapat kebenaran untuk access data
§ Penggunaan data
§ Penulisan laporan
§ Melindungi peserta
daripada masalah yang timbul
o Bagaimanakah prosedur rundingan yang boleh
diikuti oleh Penyelidik?
§ Mendapat kebenaran secara formal daripada
pihak berkenaan untuk menjalankan kajian.
§ Memberi rangka projek/cadangan/pelan kepada
guru besar/pengetua sekiranya penyelidikan dijalankan di sekolah.
§ Rangka/pelan/cadangan harus menerangkan dan
justifikasi prosedur yang akan diiukti untuk ‘clearing’ data ‘field’ berkait
dengan peserta seperti transkrip, nota pemerhatian, bukti dokumen dan
memasukkan data ini dalam laporan akhir atau teks umum.
§ Terangkan makna anomiti dan kerahsian
kepada peserta kajian.
§ Tentukan sama ada peserta akan menerima
satu salinan laporan dan/atau draf laporan atau transkrip temubual.
§ Beritahu peserta apa yang dibuat dengan
maklumat yang diberi.
§ Sediakan satu rangka tujuan dan keadaan
kajian untuk peserta.
§ Jujur tentang tujuan kajian dan keadaan
dalam mana kajian dijalankan.
§ Perundingan amat penting untuk menjayakan
penyelidikan.
2. 1 Jenis-jenis penyelidikan
a) Penyelidikan asas
Penyelidikan
yang dijalankan untuk menerbitkan dapatan baru, ilmu baru atau teori baru.
Penyelidikan asas:
· Menekankan penemuan pengetahuan semata-mata
untuk pengetahuan.
· Lebih menumpukan kajian teori-teori yang
wujud dalam bidang pendidikan secara lebih mendalam.
· Memperoleh data empirikal yang boleh
digunakan untuk mengembangkan dan menilai teori.
· Kurang berorientasikan cara-cara ke arah
penyelesaian masalah praktis
b) Penyelidikan gunaan
· Bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis
yang dihadapi atau untuk menguji sesuatu teori untuk menilai kegunaannya dalam
arena pendidikan.
· Dapat memberikan data
sama ada menyokong sesuatu teori, mengubah suai, atau mengembangkan sesuatu
teori baru.
c) Penyelidikan tindakan
Kajian tindakan dalam pendidikan ialah kajian yang dijalankan
oleh guru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran (Carl Glickman, 1992)
d) Penyelidikan penilaian
Penyelidikan penilaian ialah penyelidikan yang dilakukan
untuk menilai sesuatu program. Biasanya ia menilai kesesuaian, kecekapan,
keberkesanan dan impak sesuatu program yang telah dijalankan.
2.2 Pengenalan kepada pelbagai jenis reka
bentuk
penyelidikan pendidikan
penyelidikan pendidikan
· Penyelidikan kuantitatif
a) Kajian eksperimental
Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random
assignment) kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberi rawatan kaedah
pertama. Kumpulan yang kedua diberi rawatan dengan kaedah kedua. Di akhir
kajian min prestasi kedua-dua kumpulan dibandingkan untuk mengkaji keberkesanan
kedua-dua rawatan yang telah diberikan. Andaian dibuat bahawa kumpulan-kumpulan
ini tidak mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum rawatan. .
Syarat tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara mengawal
pembolehubah-pembolehubah kawalan
b) Kuasi-eksperimental
Peserta-peserta tidak dibahagikan secara
rawak. Kedua-dua kumpulan diasingkan menggunakan
pengasingan yang sedia ada. Sebelum kajian dijalankan kedua-dua kumpulan
diberikan ujian pra. Selepas itu kumpulan pertama menjalani rawatan dengan
kaedah pertama , sementara kumpulan yang satu lagi diberi rawatan dengan kaedah
kedua. Selepas tamat kajian kedua-dua kumpulan mengambil ujian pasca. Prestasi
kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas kajian dibandingkan untuk menentukan
perbezaan keberkesanan rawatan-rawatan yang telah diberi.
c) Kajian tinjauan
Kajian
tinjauan melibatkan penggunaan soal selidik atau penggunaan maklumat statistik
untuk mengumpulkan data mengenai sesuatu populasi, pemikiran atau tingkahlaku
mereka.
Statistik
deskriptif: min, mod, median, peratus, kekerapan
d) Kajian korelasi
Menentukan
perhubungan di antara dua pembolehubah yang dapat diberikan nilai numerikal
· Penyelidikan kualitatif
a) Kajian etnografi
Satu kajian yang melibatkan sekumpulan manusia untuk mengkaji
sosio budaya mereka.
b) Kajian kes
Menurut Merriem (1998), kajian kes
digunakan untuk memahami mendalam tentang subjek yang dikaji, memokus tentang
proses berbanding output, mementingkan penemuan bukannya pengesahan sesuatu
teori atau dapatan. Melibatkan seorang individu, sekumpulan manusia, satu
masyarakat, satu bilik darjah.
c) Kajian sejarah
Mengkaji tentang sebab-sebab, kesan-kesan atau
kecenderungan dari peristiwa lepas yang mungkin boleh membantu untuk
menerangkan perkara-perkara pada masa sekarang dan peristiwa-peristiwa yang
dijangka masa akan datang.
d) Kajian naratif
Satu jenis kajian yang digunakan untuk memahami atau mengkaji
bagaimana manusia membina makna dalam kehidupan mereka. Ia memberi tumpuan
kepada makna yang ditafsirkan oleh manusia kesan daripada peristiwa-peristiwa
yang berlaku dalam kehidupan mereka.
3. Prosedur penyelidikan pendidikan
3.1 Menyatakan masalah kajian
Masalah
kajian merupakan istilah yang digunakan merujuk kepada isu atau persoalan pokok
yang kita akan kaji.
3.2 Menetapkan objektif kajian
Objektif
kajian menyatakan dengan spesifik perkara-perkara yang ingin diselidiki dalam
sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Ia juga menggambarkan pembolehubah yang
terlibat dalam sesuatu penyelidikan.
3.3 Membentuk soalan kajian
Soalan
kajian dibina berdasarkan objektif kajian. Soalan kajian mestilah jelas, tepat
dan berfokus. Soalan kajian membantu penyelidik memberi halatuju yang jelas
kepada proses penyelidikan dan meudahkannya menulis laporan penyelidikan
3.4 Menghasilkan hipotesis kajian
Bagi kajian kuantitatif hipotesis digunakan untuk menentukan
samada sesuatu yang dikaji itu benar atau salah, rawatan berjaya atau tidak
dsbnya. (Kajian Experimental, kuasi-experimental, korelasi)
3.5 Melakukan tinjauan literatur
Tinjauan
literatur diperlukan untuk membolehkan penyelidik mengetahui senario,
perkembangan dan isu-isu yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan
dijalankan. Ia membantu penyelidik menyatakan masalah kajian, objektif dan
persoalan kajian. Seterusnya teori-teori yang berkaitan dengan isu yang dikaji
dan dapatan-dapatan kajian yang lepas boleh membantu penyelidik membincangkan
dapatan kajiannya.
3.6 Merancang kaedah kajian
Menentukan
instrumen, prosedur pelaksanaan kajian
3.7 Mereka bentuk kajian
Penyelidik
perlu menentukan pendekatan kualitatif atau pendekan kuantatitaif yang akan
digunakan. Apakah jenis penyelidikan yang akan digunakan. Penyelidik juga perlu
menentukan apakah teknik pengumpulan data.
3.8 Menentukan prosedur persampelan
Persampelan merupakan aspek penting dalam penyelidikan. Sampel
yang betul perlu dipilih bagi sesuatu kajian supaya dapatan dari sampel boleh
menggambarkan ciri populasi atau menggambarkan sesuatu kes atau sesuatu
fenomena yang dikaji
3.9 Membina instrumen kajian
Instrumen
ialah alat untuk membolehkan penyelidik membuat pengukuran atau membuat
pengumpulan data. Instrumen yang sedia ada boleh digunakan. Jika instrumen
belum ada penyelidik perlu membina instrumen yang diperlukan
3.10 Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen kajian
Instrumen yang akan digunakan perlulah ditentukan
kesahannya. Terdapat beberapa kesahan yang perlu ditentukan, iaitu kesahan
kandungan, kesahan konstruk dan kesahan muka. Seterusnya kebolehpercayaan
instrumen juga perlu ditentukan. Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan
(konsistensi) alat pengukuran
3.11 Menentukan prosedur pengumpulan data
Prosedur pengumpulan data perlu dirancang dengan teliti supaya
data yang dikumpul adalah mencukupi, tepat dan dapat menggambarkan dengan benar
persoalan, isu, fenomena atau kes yang dikaji.
3.12 Mengumpul data
Selepas
membentuk persoalan kajian atau hipotesis kajian, maka data perlu dikutip. Maklumat
dapat diperolehi daripada berbagai-bagai sumber. Terdapat berbagai strategi dan
teknik yang kita gunakan untuk mengumpul data-data atau maklumat dalam
penyelidikan. Apa yang penting ialah strategi dan teknik yang dipilih mempunyai
ciri-ciri kredibiliti, keobjektifan, kebolehanpercayaan, keesahan dan kebolehan
untuk generalisasi.
3.13 Menganalisis data
Dalam
langkah ini, penyelidik menganalisis data yang telah dikumpul itu dengan
menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan persoalan kajian atau
hipotesis yang dibentuk dapat disokong dan dan dibuktikan kebenarannya.
Analisis secara kualitatif dan juga kuantitatif dapat dijalankan untuk
menentukan sama ada objektif kajian dicapai atau tidak.
3.14 Membincang hasil kajian
Dapatan
kajian haruslah dibincangkan, berdasarkan perbandingan dengan teori dan dapatan
kajian-kajian yang lepas. Hasil perbincangan akan menghasilkan rumusan,
penambahbaikan,cadangan dan Implikasi penyelidikan.
3.15 Melaporkan kajian
Setelah
data diterjemah dan dibuat kesimpulan maka penyelidik perlu menulis laporan
tentang apa yang didapati dalam kajian yang telah dilakukannya. Dalam laporan
penyelidik perlu menulis tujuan kajian, menerangkan tentang latarbelakang
kajian, objektif kajian, persoalan kajian atau hipotesis kajian,
terangkan rekabentuk kajian, cara data di analisis, penerangan tentang dapatan
kajian dan juga cadangan-cadangan yang perlu bagi menjawab masalah yang telah
dikenal pasti.
4 Penyelidikan Tindakan
a. Definisi dan konsep
• Kajian yang dilakukan secara terus untuk
menyelesaikan sesuatu masalah sosial (Lewin,1946)
• Satu pendekatan penyelidikan untuk
mempertingkatkan kualiti P&P(Elliot, 1981)
• Kajian yang sistematik ke arah usaha-usaha
untuk meningkatkan amalan pendidikan oleh golongan yang terlibat dalam
pendidikan (Ebbutt, 1995)
b. Ciri-ciri penyelidikan tindakan
• Matlamatnya perubahan yang positif akan
berlaku pada akhir penyelidikan
• Kajian yang dilakukan untuk menyelesaikan
masalah sosial, masyarakat, pendidikan
• Kajian untuk memperbaiki keadaan semasa
• Berkaitan dengan tugasan harian
• Kajian tindakan ialah suatu proses reflektif
inkuiri refleksi kendiri
• Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian
• Kajian tindakan ditentukan oleh pengamal
sendiri(practitioners)
• Kajian tindakan dilaksanakan secara sistematik
• Ada tindakan praktikal & intervensi
(treatment)
• Data lebih cenderung berbentuk gabungan antara
kuantitatif dan kualitatif
• Satu proses yang berulang atau berterusan (cyclical
basis)
• Lebih berfokus kepada proses berbanding output
• Tidak digunakan untuk menguji hipotesis
c. Kepentingan penyelidikan tindakan
· Untuk menambahbaik pengajaran &pembelajaran
· Meningkatkan kualiti diri sebagai pendidik
· Memperbaiki keadaan tempat kerja
· Meningkatkan kepuasan bekerja
· Peluang untuk membuat perubahan ke arah
peningkatan profesionalisme (hasil pengupayaan)
· Pembangunan profesionalisme
5.0 Kajian tindakan
a. Jenis kajian tindakan
(i) Kajian
tindakan kritikal
Kajian tindakan yang dijalankan untuk mengubah nilai atau amalan
dalam sesuatu masyarakat atau diri sendiri.
(ii) Kajian
tindakan praktikal
Kajian
tindakan yang dilakukan secara langsung oleh untuk membaiki amalan praktikal
seperti menambahbaik amalan sendiri dalam pelaksanaan kerja, menambahbaik
amalan murid, menyelesaikan masalah, meningkatkan kualiti P&P dan
sebagainya.
b. Isu pendidikan berkaitan kajian tindakan
i. Bagaimana kajian tindakan dapat meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran?
ii. Meningkatkan kefahaman dan penglibatan
gutugutu dalam penyelidikan tindakan
c. Proses kajian tindakan:
Proses kajian tindakan:
i. Mengenal pasti masalah berkaitan amalan
ii. Merancang tindakan
iii. Melaksana tindakan
iv. Mengumpul data dan menganalisis
v. Membuat refleksi terhadap tindakan
vi. Mengambil tindakan susulan
vii. Merancang kitaran kedua
Proses kajian tindakan:
i. Mengenal pasti masalah berkaitan amalan
Masalah yang dipilih daripada pengalaman dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Masalah
yang dipilih dalam kawalan penyelidik dan boleh diselesaikan oleh penyelidik.
Masalah boleh diselesaikan dalam jangkamasa yang ditetapkan.
ii. Merancang tindakan
Memilih apakah tindakan yang sesuai dengan masalah yang
dihadapi. Menyediakan jadual pelaksanaan penyelidikan, instrumen pengumpulan data,
kaedah analisis data serta menyediakan peralatan yang diperlukan. Menyediakan
carta Gantt pelaksanaan proses penyelidikan.
iii. Melaksana tindakan
Menjalankan
penyelidikan seperti yang yang telah ditetapkan. Penyelidik sendiri yang
menjalankan penyelidikan kerana penyelidik adalah juga instrumen kajian.
Bantuan juga boleh diperolehi daripada rakan sejawat sebagai contoh membuat
rakaman video proses pengajaran dan pembelajaran, atau membuat pemerhatian
menggunakan senarai semak. Namun urusan temubual, mengumpul maklumat seperti
dokumen sokongan lain dibuat sendiri oleh penyelidik
iv. Mengumpul data dan menganalisis
Dalam
kajian tindakan mengumpul data dan menganalisis berjalan serentak. Data atau
maklumat yang dikumpul dianalisis berterusan untuk melihat kemajuan yang
dicapai oleh subjek. Di samping itu analisis berterusan membolehkan penyelidik
menentukan kesesuaian tindakan untuk membolehkan modifikasi tindakan dibuat
atau memlaksanakan tindakan baru yang difikirkan sesuai.
v. Membuat refleksi terhadap tindakan
Refleksi
di peringkat akhir sesuatu kitaran membolehkan penyelidik menilai kesan
tindakan atau rawatan yang telah dijalankan. Penyelidik boleh membuat tafsiran
kejayaan atas rawatan yang diberikan. Dia boleh meneruskan rawatan ke dalam
kitaran yang seterusnya sekiranya rawatan kurang berkesan dengan membuat
pengubahsuaian rawatan atau mengenalkan rawatan yang baru. Dia juga boleh
menamatkan kajiannya sekiaranya dia berpuas hati dengan pencapaian
murid-muridnya.
Refleksi bukan sahaja boleh dilakukan di peringkat
akhir kitaran, refleksi boleh dilakukan juga pada mana-mana peringkat dalam
satu kitaran. Refleksi seperti ini membolehkan penyelidik mempelajari
perkara-perkara yang baru atau terus membuat penambahbaikan tanpa perlu
menunggu pada kitaran yang seterusnya.
vi. Mengambil tindakan susulan
Tindakan susulan dibuat selepas tamat sesuatu kajian tindakan.
Ia membolehkan penyelidik memperbaiki amalannya dan mengambil langkah perlu
dalam meningkatkan kualiti P&Pnya
vii. Merancang kitaran kedua
Memikirkan
langkah-langkah penambahbaikan yang akan dilaksanakan dalam kitaran kedua atau
kitaran seterusnya
6. Cadangan kajian tindakan
· Fokus kajian / masalah kajian
· Soalan kajian
· Sumber literatur
· Reka bentuk kajian
· Subjek kajian
· Pelan tindakan
· Strategi pengumpulan data
· Analisis data
· Jadual kerja
· Perbelanjaan
· Sumber rujukan
Cadangan kajian tindakan
i. Fokus kajian / masalah kajian
Menetukan
isu/masalah yang ingin dikaji berdasarkan refleksi pengalaman pengajaran dan
pembelajaran yang lepas, atau masalah yang sedang dihadapi. Isu atau masalah itu
samada masalah guru, masalah murid, menambahbaik amalan guru atau amalan murid.
Isu yang ingin dikaji itu haruslah dalam kawalan guru dan mampu diselesaikan
oleh guru sendiri.
ii. Soalan kajian
Menentukan
soalan kajian yang jelas dan berfokus. Kedua-dua ciri ini membantu penyelidik
merancang tindakan yang sesuai, merekabentuk kajiannya, mencari literatur yang
sesuai dan memilih subjek kajian.
iii. Sumber literatur
Sumber
literatur haruslah membolehkan penyelidik menulis latarbelakang kajian,
merekabentuk kajiannya dan membincangkan dapatan kajiannya. Sumber literatur
boleh diambil daripada jurnal, buku, prosiding seminar, thesis, laporan dan
sebagainya.
iv. Reka bentuk kajian
Penyelidik
harus menentukan pendekatan yang akan digunakan samada pendekatan kualitatif,
pendekatan kualitatif atau kombinasi kedua-dua pendekatan. Seterusnya tentukan
jenis data yang diperlukan dan teknik pengumpulan data yang akan digunakan.
v. Subjek kajian
Subjek
kajian boleh melibatkan satu bilikdarjah, sekumpulan murid atau seorang murid
atau guru sendiri sebagai subjek. Subjek yang dipilih adalah berdasarkan kaedah
persampelan bertujuan (purposeful sampling) yang mempunyai ciri yang
menepati objektif kajian.
vi. Pelan tindakan
Perancangan
yang teliti membantu penyelidik melaksanakan kajiannya secara sistematik dan
dapat menyiapkan kajian dalam tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti yang akan
dijalankan, pihak yang terlibat, keperluan peralatan dan prosedur pelaksanaan
kajian disenaraikan dan dinyatakan dengan jelas
vii. Strategi pengumpulan data
Strategi
pengumpulan data melibatkan penentuan jenis data, instrumen yang digunakan dan
teknik pengumpulan data dinyatakan dengan jelas
viii. Analisis data
Kaedah
analisis data dinyatakan dengan jelas. Nyatakan samada menggunakan markah
mentah, gred, statistik deskriptif (data kuantitatif) atau menggunakan analisis
kandungan (data kualitatif)
ix. Jadual kerja
Menyediakan
carta Gantt pelaksanaan kajian mengandungi aktiviti yang akan dijalankan dan
jangkaan tarikhnya
x. Perbelanjaan
Senaraikan
perincian keperluan bagi menjalankan kajian beserta kos yang diperlukan
xi. Sumber rujukan
Sumber
literatur boleh diambil daripada jurnal, buku, prosiding seminar, thesis,
laporan dan sebagainya. Penulisan rujukan haruslah menggunakan format APA
7. Kajian Tindakan:
Kaedah pengumpulan data kajian
tindakan
tindakan
i. Temu bual: Temu bual berstruktur,
semi-struktur, tidak berstruktur
· Berstruktur - mempunyai jadual khusus, soalan
disediakan dalam urutan; digunakan dengan meluas dalam tinjauan dan
kajian pasaran. Bertujuan untuk mendapatkan maklumat asas atau untuk membuat
pengesahan
· Separa-berstruktur -
soalan spesifik disediakan dan ditanyakan tetapi pencungkilan dilakukan
dengan bebas ke atas jawapan yang diberikan; sesuai untuk individu dan kumpulan
· Tidak
berstruktur – penyelidik boleh meneroka dan melakukan pencungkilan
dengan bebas; perlu ada kerangka atau senarai tema atau topik yang dikehendaki;
sesuai untuk individu atau kumpulan (kumpulan fokus); penyelidik perlu mahir
· Kumpulan fokus
§ Apakah temu bual kumpulan fokus?
§ Temu bual diinisiasi oleh penyelidik; selalu digunakan untuk kajian pasaran
dan parti politik
§ Terletak antara
temu bual individu dengan pemerhatian kumpulan secara naturalistik
§ Selalunya berfokuskan
tema tertentu atau suatu set isu khusus
§ Perbincangan
dikawal moderator
§ Data diperoleh daripada interaksi antara ahli kumpulan, bukan antara
penyelidik dan ahli kumpulan
ii. Pemerhatian: Pemerhati
penuh, peserta sebagai pemerhati, pemerhatian penuh
Pemerhati penuh – Seorang penyelidik merupakan salah
seorang peserta yang dikaji. Peranannya sebagai penyelidik tidak diketahui oleh
peserta. Segala tingkahlaku peserta diperhatikan oleh penyelidik untuk membuat
kajian mengenai isu yang dikaji. Penyelidik boleh membuat catatan apa yang
telah diperhatikannya di masa lain apabila tidak bersama-sama dengan peserta.
Peserta sebagai pemerhati – Dalam situasi ini fungsi
penyelidik diketahui oleh peserta. Penyelidik turut serta menjalani aktiviti
bersama-sama peserta yang dikajinya. Dalam masa yang sama penyelidik membuat
catatan apa yang diperhatikannya.
Pemerhatian penuh – Penyelidik tidak langsung mempunyai
interaksi dengan peserta. Dia hanya membuat pemerhatian penuh dan membuat
catatan tingkahlaku peserta
iii. Data berbentuk dokumentasi
Berbagai
maklumat seperti minit mesyuarat, laporan, , prosiding seminar, thesis, laporan
kertas projek penulisan ilmiah, majalah, surat khabar dan sebagainya
boleh digunakan sebagai maklumat penyelidikan.
iv. Triangulasi data kajian
Triangulasi, iaitu membanding pelbagai jenis data
daripada pelbagai kaedah, pada masa berbeza dan, daripada sumber yang
berlainan. Triangulasi data dapat meningkatkan kesahan dan keboleh percayaan
penyelidikan tindakan.
8.
Kajian Tindkan: Kaedah pengumpulan data kajian
tindakan
tindakan
I. Senarai semak pemerhatian
Senarai
semak mengandungi senarai item-item atau aktiviti-aktiviti yang telah
ditentukan untuk diperhatikan dalam sesuatu pemerhatian. Menggunakan senarai
semak, seseorang pemerhati boleh memberi tumpuan kepada aktiviti yang difokuskan
dan membantunya menetukan kekerapan sesuatu aktiviti berlaku.
II. Rakaman video dan kaset
Rakaman video boleh digunakan untuk merakamkan sesuatu fenomena
atau peristiwa yang dikaji. Sebagai contoh seorang penyelidik membuat rakaman
satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Rakaman tersebut kemudiannya dianalisis
untuk membolehkan penyelidik membuat analisis isu yang dikajinya. Rakaman video
membolehkan seseorang penyelidik merakam semua peristiwa yang berlaku dan tiada
maklumat yang terlepas berbanding melalui bentuk pemerhatian yang lain.
III. Log
Catatan log seperti buku log juga boleh digunakan sebagai
maklumat. Perkara yang dicatatkan dalam buku log boleh digunakan sebagai bukti
penglibatan atau aktiviti yang dilakukan oleh seseorang
IV. Nota lapangan
Nota
lapangan merupakan penulisan yang dibuat oleh penyelidik berdasarkan apa
yang didengar, dilihat, pengalaman yang dilalui dan pemikiran yang timbul
semasa mengumpul dan membuat refleksi terhadap data. Mengandung deskripsi dan dialog yang
releven tentang latar konteks dan peserta yang dikaji. Sebagai bukti yang membantu proses membuat
analisis kajian.
V. Fotografi
Gambarfoto
boleh digunakan sebagai sumber maklumat.Sesuatu peristiwa atau fenomena yang
dirakam melalui gambarfoto boleh digunakan untuk menganalisis aktiviti yang
dilakukan, memberi gambaran peristiwa yang berlaku, siapa yang terlibat atau menjadi
bukti penglibatan seseorang.
VI. Portfolio
Portfolio
mengandungi maklumat peribadi, bidang tugas, penglibatan dan hasil kerja
seseorang. Portfolio sering digunakan sebagai salah satu sumber maklumat dalam
menilai kualiti diri dan kompetensi diri seseorang dan kualiti kerja yang
dihasilkannya
VII. Borang catatan temu bual
Borang
catatan temubual digunakan sebagai ganti temubual yang tidak direkodkan. Catatan temubual
mengandungi perkara-perkara penting yang ditekodkan semasa temubual dijalankan
VIII. Slid
Slid
boleh digunakan untuk menggambarkan turutan sesuatu proses atau sesuatu
peristiwa.
IX. Laporan jurnal
Laporan
yang ditulis tentang sesuatu pengalaman atau peristiwa yang dilalui oleh
seseorang untuk melakukan refleksi supaya seseorang mendapat pembelajaran
daripada pengalaman yang dilalui.
X. Diari
Catatan
peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang yang ditulis setiap hari. Diari boleh digunakan
sebagai data aktiviti atau peristiwa yang berlaku pada seseorang individu.
9. Pertimbangan semasa mengumpul data
kajian tindakan
9.1 Kesahan dan kebolehpercayaan data
9.1.1 Keesahan:
Keesahan
bermaksud kebenaran yang dapat menggambarkan fenomena sosial sebenar
seperti yang dimaksudkan (Hammerslay 1990:57)
Kesahan kajian tindakan dapat ditingkatkan
melalui:
(a) Kritikan luaran (keaslian data)
Pendapar
pakar diperlukan untuk memberi pandangan kepada dapatan. Pengesahan dan
pandangan yang diberikan oleh pakar akan meningkatkan kesahan dapatan..
(b) Kritikan
dalaman (ketepatan data)
Dapatan atau hasil kajian dientangkan kepada rakan sejawat atau
orang yang pernah menjalankan kajian yang sama. Pandangan atau pengesahan yang
diberikan akan meningkatkan kesahan dapatan.
(c) Triangulasi data
Membanding
pelbagai jenis data daripada pelbagai kaedah, pada masa berbeza dan, daripada
sumber yang berlainan
9.1.2 Kebolehpercayaan:
Kebolehpercayaan
merujuk kepada ketekalan data yang disepakati oleh beberapa penyelidik yang
sama atau penyelidik lain, sama ada dalam situasi yang sama atau yang berbeza
(Hammerslay 1992a:67)
Kebolehpercayaan data kajian tindakan dapat
ditingkatkan antaranya melalui:
· Penulisan nota lapangan yang sistematik
· Ujian rintis temu bual
· Pembentangan hasil laporan untuk interpretasi
semula
· Penglibatan yang lama dengan tempat kajian
· Pemerhatian yang berterusan dalam satu
tempoh masa tertentu.
9.2 Etika kajian tindakan
Dalam etika penyelidikan tindakan berbeberapa elemen
perlu diberi perhatian oleh penyelidik seperti berikut:
I. Mendapat Kebenaran (informed consent)
II. Penglibatan (Participation)
III. Kerahsiaan (Confidentiality)
IV. Anomiti (keselamatan)
-
Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya
identiti respondent.
V. Rundingan (Negotiation). Rundingan melibatkan perkara-perkara
berikut:
§ Mendapat kebenaran dari institusi
§ Mendapat kebenaran untuk access data
§ Penggunaan data
§ Penulisan laporan
§ Melindungi peserta
daripada masalah yang timbul
9.3 Keupayaan data
kajian digeneralisasi
Dapatan kajian tindakan tidak boleh dibuat
generalisasi. Ini adalah kerana sesuat kajian tindakan adalah unik untuk sesutu
kelompok manusia, seseorang individu atau sebuah bilik darjah. Walaubagaimana pun untuk membuat generalisasi
perkara-perkara berikut harus dilakukan:
· Kajian diulang semula d tempat lain. Di
samping itu, data yang dikumpul mestilah tepat dan penerangan yang dibuat
adalah terperinci. Jika dapatan adalah tekal maka generalisasi boleh
dibuat
Analisis data kajian tindakan
10. Data kualitatif
Data
kualitatif dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan. Analisis
kandungan melibatkan proses mengkod data, mengkategori data, menyusun data
dalam grid analisis dan mengenalpasti tema/pola dan makna.
Analisis
kandungan melibatkan tiga peringkat utama, iaitu aksial coding, selective
coding danpembentukaaan tema. Pada peringkat aksial coding maklumat
yang mewakili ciri tertentu dikodkan kepada kod-kod tertentu. Kod-kod
kemudiannya dikelompokkan ke dalam kategori-kategori tertentu.
Kategori-kategori kemudiannya dikelompokkan ke dalam tema-tema tertentu
11. Data kuantitatif
Data kajian tindakan dianalisis menggunakan statistik
deskriptif iaitu frekuensi, peratusan, min, mod, median dan sisihan piawai.
Latihan
(i) Carikan min bagi set markah berikut
43, 34, 86, 71, 76 dan 94
43 + 34 + 86 + 71 + 76 + 94
Min
= ------------------------------------ = 67.3
6
(ii) Carikan mod bagi set markah
berikut
34, 43, 92, 76, 88, 76, 86, 94
Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan tertinggi iaitu 76
(iii) Carikan median bagi set data berikut:
Median ialah penengah taburan markah
(a) 3.1, 2.7, 4.7,
2.9, 3.4, 4.1, 3.7, 4.3, 4.7
2.7, 2.9, 3.1, 3.4, 3.7, 4.1, 4.3,
4.7, 4.7
Median ialah 3.7
(b) 3.1, 2.7, 4.7,
2.9, 3.4, 4.1, 3.7, 4.3, 4.7, 4.8
2.7, 2.9, 3.1, 3.4, 3.7, 4.1, 4.3, 4.7, 4.7, 4.8
3.7 + 4.1
Median = ------------ = 3.9
2
(iv) Carikan sisihan piawai
bagi set markah berikut
44, 50, 38, 96, 42,
47, 40, 39, 46, 50
44 + 50 + 38 + 96 + 42 + 47 + 40 + 39 + 46 +
50
10
x
|
||
44
|
44-49.2 =
-5.2
|
27.04
|
50
|
50-49.2 = 0.8
|
0.64
|
38
|
38-49.2 =
-11.2
|
125.44
|
96
|
96-49.2 =
46.8
|
2190.24
|
42
|
42-49.2 =
-7.2
|
51.84
|
47
|
47-49.2 =
-.2.2
|
4.84
|
40
|
40-49.2 =-9.2
|
17.64
|
39
|
39-49.2 =
-10.2
|
104.04
|
46
|
46-49.2 =-3.2
|
0.64
|
50
|
50-49.2 =0.8
|
27.04
|
∑
|
2522.36
|
= 16.74
12. Menghuraikan data kajian tindakan
· Mengintegrasikan data dengan pengalaman
personal
· Menghubungkaitkan data dengan literature
· Merumus dan membincang hasil kajian
Ketika
membahaskan dapatan kajian seseorang penyelidik haruslah mengaitkan dapatan
kajian dengan pengalamannya. Dia perlu membuat perbandingan dapatan dengan
amalannya untuk membuat penambahbaikan kepada amalannya, amalan muridnya untuk
meningkatkan lagi keberkesanan P&P. Seseorang penyelidik juga perlu
membandingkan dengan teori dan dapatan kajian-kajian lepas untuk menyemak
samada dapatan kajian selari dengan teori dan kajian lepas atau bertentangan
untuk membolehkannya membuat perbincangan dan merumuskan dapatan kajiannya.
Seseorang penyelidik harus mampu menyatakan implikasi kajiannya kepada dunia
pedidikan dan boleh memberi cadangan untuk kajian yang seterusnya dan
mencadangkan penambahbaikan kepada pendidik lain.
13. Format Penulisan Laporan
Kajian Tindakan
· Latar belakang kajian
· Fokus kajian / mengenal pasti masalah
kajian
· Sumber literatur
· Pelan tindakan
· Strategi pengumpulan data
· Analisis data
· Refleksi
· Langkah seterusnya
· Sumber rujukan
I. Latar belakang kajian
Memberi penerangan
tentang scenario, isu-isu dan perkembangan yang berkaitan dengan penyelidikan
yang akan dijalankan. Di bahagian ini juga penyelidik perlu menyatakan
justifikasi dan rasional mengapa kajian perlu dijalankan. Di samping itu
penyelidik juga harus menerangkan kepentingan kajian yang akan dijalankan.
II. Fokus kajian / mengenal pasti masalah
kajian
Memberi penerangan tentang isu atau masalah yang dikaji, bagaimana
isu itu ditemui. Dalam bahagian ini penyelidik juga perlu menerangkan dengan
jelas masalah yang dikaji, menganalisis masalah dengan mendalam sehingga boleh
mencadangkan tindakan yang paling sesuai untuk menangani masalah tersebut.
Salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan tindakan yang diambil ialah
apabila penyelidik dapat mentafsir masalah dengan tepat, mengenali punca dan
mengaitkannya dengan pengalaman yang lepas. Kesemua perkara ini haruslah
dilaporkan dalam bahagian ini.
III. Sumber literatur
Dalam bahagian ini penyelidik harus menulis dan
merumuskan bahan-bahan literatur yang berkaitan dengan teori dan dapatan
kajian-kajian yang lepas. Bahan-bahan sumber literatur harus ditulis semula
dalam ayat sendiri dalam subtopik yang selari dengan objektif kajian. Melalui
pendekatan ini penyelidik akan dapat menulis sumber literatur dengan baik dan
releven dengan dapatan kajian yang akan dibahaskan.
IV. Pelan tindakan
Dalam bahagian ini penyelidik haruslah membincangkan
dengan terperinci langkah-langkah yang dirancang ketika melaksanakan tindakan.
Antara pekara yang perlu diterangkan ialah perincian tindakan yang diambil,
prosedur menjalankan tindakan, data yang perlu dikumpul dan instrumen yang
digunakan dalam pengumpulan data.
V. Strategi pengumpulan data
Dalam
bahagian ini penyelidik haruslah menerangkan dengan jelas kaedah, teknik dan
strategi yang telah digunakan dalam pengumpulan data.
VI. Analisis data
Dalam
bahagian ini penyelidik harus memaparkan data yang dikumpul dalam dalam bentuk
jadual, carta, graf dan sebaginya. Penyelidik perlu menerangkan jenis analisis
data yang telah digunakan samada penggunaan statistic deskriptif atau
pendekatan analisis kandungan. Seterusnya keputusan analisis data diterangkan
dengan jelas dan dirumuskan. Kesimpulan dibuat terhadap objektif penyelidikan
samada ianya tercapai atau tidak.
VII. Refleksi
Dalam
bahagian ini penyelidik membuat refleksi kepada keputusan penyelidikannya dan
apa yang dipelajari daripada pengalaman menjalankan penyelidikan. Di bahagian
ini penyelidik harus mengaitkan dapatan kajian dengan tindakan yang telah
diambil dalam aspek kekuatan dan kelemahan tindakan. Di samping itu penyelidik
juga harus membincangkan usaha-usaha penambahbaikan terhadap amalannya dalam
pengajaran dan pembelajaran.
VIII. Langkah seterusnya
Dalam
bahagian ini penyelidik perlu menerangkan apakah usaha yang akan dilakukan
seterusnya berdasarkan dapatan kajiannya. Apakah tindakan akan diteruskan dalam
kitaran seterusnya dengan penambahbaikan atau dia perlu mengenalkan tindakan
baru atau menamatkan tindakan sekiranya masalah telah dapat diatasi. Seterusnya
penyelidik perlu menerangkan implikasi dapatan kajiannya dan memberi cadangan
penyelidikan yang seterusnya yang perlu dijalankan.
IX. Sumber rujukan
Dalam bahagian ini penyelidik menyenaraikan senarai
rujukan yang telah digunakan dalam penyelidikannya. Format rujukan APA
digunakan sebagai tatacara penulisan rujukan yang standard.
14. Format Penulisan
artikel/makalah kajian tindakan
I. Abstrak
Abstrak ialah intipati yang menyatakan dengan ringkas
keseluruhan kajian. Ia meliputi tujuan kajian dijalankan, subjek yang terlibat,
tindakan yang diambil, instrumen yang digunakan, pelilihan subjek, analisis
data yang digunakan, dapatan penyelidikan, implikasi kajian dan cadangan untuk
penyelidikan yang seterusnya. Abstrak mestilah ditulis dengan ringkas dan
padat. Abstrak harus ditulis dalam satu perenggan sahaja. Abstrak yang baik
dapat memberi maklumat kepada pembaca untuk memahami kajian yang telah
dijalankan, proses-proses penyelidikan dan dapatan kajian serta implikasi kajian.
II. Konteks
Dalam
bahagian ini penulis menerangkan konteks bagi penyelidikannya. Dia harus
menerangkan latarbelakang sekolah dan latarbelakang subjek. Penerangan yang
jelas kepada aspek-aspek tersebut akan memberi kefahaman kepada pembaca tentang
persekitaran kehidupan subjek. Melalui cara ini pembaca akan dapat lebih
menghayati pelaporan kajian tindakan yang dilaporkan dalam bentuk penulisan
ilmiah yang dibacanya.
III. Fokus kajian
IV. Pelan tindakan
V. Pelaksanaan pelan tindakan
VI. Strategi pengumpulan data
VII. Analisis dan penemuan
VIII. Refleksi dan implikasi
IX. Tindakan susulan
15. Penyebaran hasil kajian tindakan
·
Seminar
·
Penerbitan
·
Rangkaian kajian
tindakan (on-line networks)
Penyelidikan kualitatif
mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Ciri-ciri tersebut dapat
membezakannya daripada penyelidikan kuantitatif. Antara cirri yang berkaitan
adalah seperti yang berikut:
i. Penyelidik
merupakan alat kajian utama untuk mengumpul data dalam situasi yang sebenar;
ii. Penyelidikan
kualitatif bersifat deskriptif untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang
berlaku dengan meneroka permasalahan dalam fenomena yang dikaji. Data kajian
boleh dalam bentuk naratif dan gambar. Dapatan kajian boleh mengandungi
sedutan-sedutan kata responden yang dipetik daripada transkrip temu bual
responden, nota kerja lapangan, pita video, gambar, dokumen peribadi,
memo dan rekod rasmi;
iii. Pengumpulan
data dilaksanakan secara berterusan kerana penyelidikan ini memberi penekanan
kepada proses dan hasil kajian;
iv. Penganalisisan
data dilakukan secara induktif. Matlamat penyelidik bukan untuk menguji
atau mengesahkan hipotesis, tetapi membina kesimpulan daripada data yang
dikutip, dan;
v. Membuat
tafsiran adalah proses paling penting dalam penyelidikan kualitatif kerana
penyelidik berhasrat untuk mengetahui dan memahami perspektif responden
terhadap sesuatu fenomena yang dikaji. Ketepatan penakrifan bergantung kepada
tahap pemahaman penyelidik terhadap budaya responden.
Penyelidikan kualitatif didefinisikan sebagai suatu proses
inkuiri untuk memahami permasalahan sosial, berdasarkan pembinaan gambaran yang
holistik terhadap sesuatu situasi, peristiwa atau fenomena yang kompleks.
Gambaran ini diperjelas melalui huraian yang dibina secara terperinci
berdasarkan pandangan responden. Pendekatan penyelidikan ini sesuai untuk
meninjau dan memahamipandangan responden dan menjelaskan proses-proses yang
berlaku dalam situasi sebenar. Pendekatan–pendekatan yang biasa dikaitkan
dengan penyelidikan kualitatif ialah kajian kes, etnografi, inkuiri
naturalistik dan lain-lain lagi