. Amoi Chantek: February 2014 Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Tuesday 18 February 2014

Rusuhan Kaum 13 Mei 1963 dan Insiden Kampung Medan 12 Mac 2001

1.0          PENGENALAN
Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Memperoleh kemerdekaan hasil daripada rundingan dengan penjajah, perpaduan yang wujud dalam kalangan penduduk Tanah Melayu pada ketika itulah yang menarik minat dan memberi kepercayaan kepada penjajah untuk melepaskan pentadbiran kepada rakyat Tanah Melayu itu sendiri. Kerjasama daripada tiga kaum terbesar di Tanah Melayu pada ketika itu iaitu Melayu, Cina dan India telah mewujudkan perpaduan yang berupaya menggerakkan sebuah negara yang baharu merdeka. Kerjasama politik antara ketiga-tiga kaum ini berusaha melahirkan sebuah negara yang mampu berdiri dengan sendiri tanpa bantuan penjajah selepas memperoleh kemerdekaan. Hasilnya, terbinalah sebuah negara yang bergelar Malaysia hasil gabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1963. Namun begitu, Singapura keluar daripada pembentukan Malaysia disebabkan beberapa faktor masalah yang tidak dapat dipersetujui oleh semua pihak.

Tahun 2014 merupakan tahun ke-57 Tanah Melayu memperoleh kemerdekaannya dan tahun ke-51 penubuhan Malaysia. Sepanjang lima dekad penubuhan Malaysia, pelbagai cabaran telah ditempuh oleh rakyat Malaysia. Elemen yang paling penting dalam kehidupan masyarakat yang berbagai etnik ataupun dikenali sebagai masyarakat mozek ialah perpaduan, sikap bertolak ansur, saling menghormati sensitiviti setiap kaum dan hidup dalam bermasyarakat. Kepentingan faktor-faktor yang dinyatakan tadi membantu Malaysia untuk terus maju dan menjadi negara yang berdaya saing seiring dengan negara maju yang lain. Namun demikian, pelbagai cabaran yang telah ditempuh dan usaha dijalankan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Dalam kerja kursus ini akan merungkai insiden salah faham, ketegangan dan konflik etnik yang telah berlaku di Malaysia untuk dijadikan sempadan dan pengajaran pada masa hadapan.

Rusuhan dan ketegangan etnik yang akan dirungkai di dalam kerja kursus ini ialah insiden Kampung Medan 2001 dan rusuhan etnik 13 Mei 1969 dan berdasarkan ketegangan etnik ini maka banding beza dari aspek punca, kesan dan pengajaran daripada setiap peristiwa ini akan dijelaskan dengan teliti.
2.0       RUSUHAN ETNIK 13 MEI 1969
Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara. Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Peristiwa hitam ini turut memaksa pucuk pimpinan yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman untuk mengisytiharkan darurat. Menurut Tunku Abdul  Rahman  (2007) dalam bukunya 13 Mei Sebelum dan Selepas menyatakan digambarkan darurat terpaksa diistiharkan dengan persetujuan Yang Di – Pertuan Agong. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan gagal memperolehi majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan Dan DAP yang berjaya memperolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada orang Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan.  Sebenarnya Masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan sedemikian rupa.

            Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Antaranya ialah kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei. Ini kerana Jepun memberi layanan yang lebih istimewa kepada orang Melayu berbanding orang Cina kerana Jepun masih lagi dipengaruhi sentimen peperangan dengan negara China pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Ini menyebabkan tentera Jepun bersikap pilih kasih dalam hal yang melibatkan kaum Melayu dan Cina.  Jepun juga telah melantik orang Melayu sebagai askar dan polis berbeza dengan orang Cina yang tidak diberi peluang  untuk menjawat sebarang jawatan. Ketika itu kebanyakan orang Cina menyertai MPAJA (Malaysian People Anti Japanese Army). Keadaan bertambah buruk apabila kebanyakan tentera Jepun yang menyerang MPAJA ialah terdiri daripada orang Melayu dan ini telah menimbulkan persengketaan antara orang Melayu dengan Orang Cina dan kemuncaknya ialah pada 13 Mei 1969.

            Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Menurut Mansor Mohd. Noor (2006 : 86), secara majoritinya etnik Melayu tinggal di kawasan luar bandar atau kampung-kampung, etnik Cina tinggal di kawasan bandar atau pekan-pekan, manakala etnik India tinggal di kawasan ladang-ladang getah. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Pada Zaman pemerintahan British, British telah mewujudkan kelompok-kelompok etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini dilakukan untuk menjaga kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan  kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu mengeksploitasi semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia. Justeru mereka telah menetapkan status dan peranan yang berbeza bagi setiap kaum seperti orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina  digalakkan tinggal di bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain.  Prasangka yang wujud inilah yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.

            Kesan daripada dasar pecah perintah oleh pihak British secara tidak langsung juga telah mewujudkan sistem pendidikan yang berlainan. Menurut Noor Risma Salfina (2006), semasa zaman penjajahan Inggeris, ketiga-tiga kaum ini telah dibahagikan kepada tiga jenis sekolah yang berasingan. Pihak penjajah Inggeris memperkenalkan sistem persekolahan mengikut kaum dan menggunakan bahasa masing-masing. Sebelum  Laporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu asas atau sistem pendidikan nasional. Apa yang wujud ialah  empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Bagi kaum India mereka telah menguna pakai silibus yang diambil dari negara india untuk diajar kepada anak-anak mereka. Begitu juga dengan kaum Cina dan Melayu. Ini telah menyebabkan tiada keseragaman dari segi identiti dan fahaman kerana Negara China contohnya mengamalkan fahaman komunisme dan silibus yang diambil dari Negara China mempunyai unsur-unsur komunisme tetapi lain pula dengan kaum lain yang berteraskan fahaman yang lain.  Selain itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang seragam telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing sahaja. Ini telah memberikan satu impak buruk dalam pembentukan perpaduan kaum di Malaysia. Sistem pendidikan yang berasingan menjadi cabaran dalam hubungan etnik untuk memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. (Mohd Sohaimi Esa, 2011).

            Selain itu juga Masyarakat Melayu kebanyakan terdiri daripada petani yang tinggal di kampung manakala masyarakat cina telah mewarisi pekerjaan turun temurun  keluarga mereka iaitu beniaga dan kebanyakannya tinggal di bandar dan Masyarakat India pula bekerja sebagai penoreh di estet-estet dan tinggal di estet-estet.  Kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza anatara satu kaum dengan kaum yang lain. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati  dan persaingan ekonimi secara tidak sihat dan pada kemuncaknya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969.

            Menurut Abdul Rahman Abdul Aziz (2006), setiap masyarakat mempunyai pegangan hidup masing-masing. Masyarakat barat mengalami perjalanan sejarah sosial yang menafikan tokoh dan institusi agama serta raja dan institusi feudalisme. Perbezaan budaya dan agama juga merupakan salah satu lagi punca berlakunya masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu sebahagan besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama Hindu. Disamping itu terdapat ramai juga yang beragama Kristian. Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan yang berlainan dan ini menambahparahkan lagi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama yang dianuti oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia menggalakkan penganutnya memusuhi agama lain tetapi ia berpunca dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi  penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku. Menurut Noor Risma Salfina (2006: 12), berdasarkan perbezaan agama dan kepercayaan ini masyarakat terbelenggu dengan fahaman masing-masing dan enggan berinteraksi dengan kaum lain.
            Akhir sekali kemuncak kepada punca sebelum terjadinya peristiwa 13 Mei 1969 ini ialah semasa Kempen Pilihanraya Tahun 1969 parti-parti politik yang bertanding telah memainkan isu-isu yang sensitif seperti kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi daripada orang ramai. Ini telah menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati antara kaum dan akhirnya setelah memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga parti Perikatan, parti DAP dan Gerakan telah berarak untuk menghina orang melayu. Tambah memburukkan lagi keadaan ialah orang Melayu melalui UMNO telah mengadakan perhimpunan balas untuk menangkis penghinaan parti DAP dan Gerakan. Keadaan menjadi tidak terkawal dan akhirnya meletuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969. (Nazaruddin Mohd Jali et. al. 2001)

            Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2008: 138), jika isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi diperalat oleh sesuatu pihak untuk mendapatkan sokongan rakyat, maka tindakan ini tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Peristiwa 13 Mei 1969 meninggalkan banyak kesan negatif. Antara kesan daripada peristiwa ini ialah pada tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan dua pertiga semula kepada kerajaan yang memerintah. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan semula pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihanraya dan agihan ekonomi mendapat tafsiran semula. Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalkan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat.

            Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2008), dalam bukunya Modul Hubungan Etnik, Malaysia merupakan negara yang sedar bahawa kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai dengan kestabilan politik. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa keperluan kepada aspek kestabilan ekonomi politik mahupun sosial amat diperlukan bagi memastikan kestabilan sesebuah negara terjamin. Peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969 dan 12 Mac 2001 telah membuka mata semua pihak dalam mengurus sensitiviti sesebuah kaum terhadap sesuatu perkara. Berikutan peristiwa tersebut telah menyebabkan tertubuhnya MAGERAN atau lebih dikenali sebagai Majlis Tindakan Negara pada tahun 1 Julai 1969.  Jabatan Perppaduan Negara yang diletakkan dibawah MAGERAN ini diwujudkan bertujuan untuk  bagi menangani masalah perpaduan dalam kalangan masyarakat. Selepas MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara ditubuhkan pada 23 Februari 1971. Tanggungjawab untuk memastikan perpaduan Negara terjamin terus diletakkan diabawah Jabatan Perpaduan Negara. Pada tahun 1999-2004 Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan dibawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

            Menurut Kamarnddin M. Said (2002), setelah msuhan dan pergaduhan berlanjutan hampir seminggu, seramai 196 orang dilaprkan kehilangan nyawa, hampir 450 cedera, 6,000 orang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran, 750 bangunan terbakar, kira-kira 200 kenderaan terbakar atau binasa, dan lebih 9,000 orang ditangkap. Kesan selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan terpaksa mengeluarkan perintah berkurung lalu mengisytiharkan darurat mengikut Ordinan Darurat 1948. Selaras dengan kuatkuasa darurat, fungsi Parlimen terus digantung. Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan, susah berinteraksi dan saling berhubungan antara kaum .Selain itu, segala aktiviti harian masyarakat tersekat. Kesan selepas peristiwa ini juga menyaksikan tugas pemerintahan diserahkan kepada sebuah badan khas iaitu Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). (Nazaruddin Mohd Jali et. al. 2001)

            Dalam hubungan senario yang telah berlaku dan meneliti daripada pelbagai aspek, maka Rukun Negara yang digubal pada 31 Ogos 1970 berhasrat melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik dan progesif serta bersatu padu dan bersikap terbuka terhadap kepelbagaian cara hidup rakyat daripada berbagai-bagai keturunan. Selain itu, peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya. Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman, huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuashati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman. Antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan penjajah portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan penaklukan tanah kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Jordon oleh kuasa Israel, dan penindasan secara kejam terhadap rakyat Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini. (Nazaruddin Mohd Jali et. al. 2001)

3.0       INSIDEN KAMPUNG MEDAN 12 MAC 2001
Kampung Medan terletak di Petaling Jaya Selangor, dan bersempaan dengan Wilayah Persekutuan Kuala lumpur. Kampung Medan berada di tengah-tengah pusat pertubuhan ekonomi negara. Bahagian tengah barat Semenanjung Malaysia merupakan pusat pertumbuhan ekonomi negrara di negara ini. Negeri di mana Kampung Medan berada, iaitu Selangor, memiliki Keluaran Negeri Kasar (KNK) yang terbesar di Malaysia, dengan kadar pertumbuhan ekonomi dan pendapatan per kapita yang tinggi. Kampung Medan juga berada dalam daerah yang terunggul dari segi taraf hidup di negara ini. Pihak Berkuasa Tempatan tersebut juga, iaitu Majlis Perbandaran Petaling Jaya, yang memberi perkhimatan awam kepada penghuni Kampung Medan  adalah majlis perbandaran yang tertua di negara ini.

            Kampung Medan terdiri daripada 27 buah kampung dan taman perumahan. Bancian pada tahun 2000 menunjukkan terdapat 110 000 orang tinggal di kawasan ini (Jabatan Statistik 2001). Dari jumlah tersebut  36 000 orang adalah setinggan. Jika dilihat melalui aspek politik setempat, persoalan kewujudan dan kesampaian dari segi perkhimatan awam yang diperlukan sepatutnya boleh diperolehi dengan lebih berkesan lagi. Mengikut etnik, mereka yang tinggal di Kampung Medan  dan di kawasan setinggan kebanyakkannya terdiri daripada etnik Melayu dan India. Jumlah etnik Cina yang tinggal di kawasan ini adalah kecil. Taburan peratusan mengikut etnik adalah 50% Melayu, 44% India dan 6% Cina. (Abdul Rahman Abdul Aziz, Mansor Mohd. Noor dan Mohamad Ainuddin Iskandar Lee, 2006.)

            Para pemerhati umum misalnya para wartawan, pemimpin politik dan pihak polis mengaitkan peristiwa pergaduhan di Kampung Medan ini dengan faktor kemiskinan. Ini ialah kerana mereka mengandaikan bahawa kemiskinan, dengan sendirinya, sudah cukup kuat untuk menjadi pendorong kepada golongan miskin ini mencetuskan dan melibatkan diri dengan pergaduhan bersenjata secara berkumpulan. Dari sudut ini, faktor pencetus membuktikan bahawa pengertian hidup, pentakrifan realiti serta interaksi sosial sebahagian besar daripada penduduk kawasan ini, terutamanya golongan setinggan dan yang berpendapatan rendah, begitu dipengaruhi oleh situasi anomie. Situasi anomie ini melahirkan pelbagai tanggapan negatif mengenai makna kehidupan serta tanggungjawab mereka antara satu sama lain. Tanggapan ini pula berbeda-beda berdasarkan perbedaan kelas dan etnisiti, dan direnggangkan lagi oleh jarak sosial yang telah sekian lama terbentuk di kalangan mereka.

            Oleh itu, menurut Abdul Rahman Abdul Aziz, Mansor Mohd. Noor dan Mohamad Ainuddin Iskandar Lee, (2006) kesemua ini telah bertanggungjawab menimbulkan serta menebalkan perasaan marah kolektif golongan yang merasa tertekan oleh pelbagai persekitaran ini terhadap kehidupan mereka secara umumnya. Oleh itu, apabila terjadi sesuatu peristiwa pemangkin, ia berupaya mengubah kemarahan umum ini menjadi satu kemarahan yang terfokus, iaitu kebencian perkauman, yang melahirkan satu bentuk kelakuan ganas dan negatif dalam bentuk pergaduhan beramai-ramai yang mengakibatkan kecederaan dan kematian. Masyarakat Melayu di kawasan tersebut telah hilang sabar terhadap sikap anti sosial sekumpulan remaja India dan mereka ingin memberi suatu pengajaran. Serangan bersenjata yang dilakukan terhadap satu sama lain, teutamanya terhadap lawan yang hanya dikenal pasti menemsi warna kulit sahaja, ialah satu cetusan kebencian mendalam yang telah dilahirkan oleh situasi yang mereka hadapi bersama. Penyebab pencetus kepada kelakuan kolektif ini ialah gengsterisme remaja yang berleluasa di kawasan tersebut. Selain itu juga, perbezaan agama dan budaya antara kedua-dua etnik ini juga telah menyebabkan konflik ini berlaku disebabkan oleh berbeza fahaman kepercayaan dan kebudayaan yang tidak sama maka berlakulah salah faham jika kurangnya fahaman terhadap sensititi kaum lain.

            Menurut Kamarnddin M. Said (2002), punca utama yang memainkan peranan dalam terjadinya Insiden pergaduhan ini ialah kewujudan gangster dan budaya gangsterisme serta kerumitan hidup material di kalangan komuniti Melayu dan India di Kampung Medan telah menunjukkan etnik atau agama bukan menjadi persoalan terjadinya konflik antara kumpulan. Tingkahlaku ini lebih dicorakkan oleh kedudukan lokasi kelas dan status sosial akibat perbezaan taraf pendidikan, kemahiran kerja, pendapatan dan budaya hidup yang telah membatasi peluang mobiliti sosial mereka untuk keluar daripada golongan miskin. Keduanya ialah disebabkan oleh perbezaan lokasi sosial telah mempengaruhi konflik yang terjadi di kawasan ini. Kawasan ini sebelum tahun 1970-an adalah bekas lombong bijih dan mereka yang berhijrah ke kawasan ini mempunyai latar belakang taraf keupayaan diri seperti pendidikan, kemahiran kerja, pengalaman kerja dan pendapatan yang rendah. Mobiliti sosial antara generasi daripada ayah ibu kepada anak, terutaman di kalangan golongan miskin Melayu dan India, didapati tidak akan berlaku dan malahan masa hadapan anak-anak mereka akan mewarisi lokasi sosial ibubapa mereka.
             
            Masaalah petempatan persetingganan yang mempunyai kira-kira 2,000 keluarga, yang mendiami satu kawasan yang luasnya kira-kira 1 km persegi. Ketidakmampuan Kerajaan Negeri dan Tempatan untuk menyelesaikan isu-isu pembangunan infrastruktur dalam masa yang singkat. Oleh itu, jelas sekali bahawa kawasan ini mempunyai kepadatan penduduk yang sangat tinggi. Anak Sungai Kelang yang kotor melintasi kawasan persetingganan ini. Berhampiran Kampung Medan terdapat bekas sebuah lombong bijih timah seluas kira-kira 30,000 meterpersegi, yang kini menjadi tempat pembuangan sampah. Di Kampung Medan ini juga terdapat sekumpulan rumah panjang, iaitu rumah sementara untuk mangsa kebakaran. Hampir kesemua rumah setinggan ini diperbuat daripada kayu, beratap zing, bersaiz kecil (kira-kira40-50 meter persegi) dan dibina begitu rapat antara satu sama lain. Kawasan rumah setinggan ini tidak mempunyai perkarangan, dan lorong berjalan kaki terbentuk dengan sendirinya di celah celah rumah yang terbina tidak tersusun itu. Longkang yang mengalirkan air bekas basuhan turut memenuhi ruang yang memisahkan rumah-rumah tersebut.

            Banyak paip getah yang menyambungkan rumah-rumah tertentu dengan paip awam atau bomba yang berdekatan dan berfungsi sebagai saluran bekalan air apabila digunakan secara bergiliran juga turut mengisi ruang pejalan kaki tersebut. Pendeknya, kawasan pemmahan persetingganan ini memberikan satu gambaran kehidupan yang serba sesak dan tidak teratur dari segi fizikalnya. Sebahagian besar daripada para penduduk kawasan persetingganan di sekitar Kampung Medan ini terdiri daripada kumpulan yang berpendapatan rendah. Namun begitu, tinjauan awal memperlihatkan bahawa mereka mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM460, pendapatan minimum yang digunakan dalam penetapan garis kemiskinan di Semenanjung Malaysia. Memang terdapat sekumpulan keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM1000 Namun demikian, secara umumnya para penduduk yang menghuni kawasan persetingganan adalah terdiri dari keluarga yang berpendapatan rendah. Sebahagian besar daripada ketua keluarga mereka bekerja, dalam kategori pekerja bergaji rendah, dengan pelbagai kilang dan syarikat perniagaan yang terdapat dikawasan tersebut. (Kamarnddin M. Said. 2002)
           
            Melalui Insiden Kampung Medan 12 Mac 2001 ini terdapat beberapa kesan yang telah dikenalpasti dan yang paling jelas ialah telah berlakunya pertumpahan darah, menggugat keselamatan, menjarakkan hubungan antara kaum, merugikan harta benda dan terdapat juga kesan lain antaranya ialah dari segi kesan terhadap sosial, dimana kita dapat lihat bahawa wujudnya salah faham dan buruk pandangan terhadap kaum-kaum lain kerana wujudnya sikap perkauman. Sikap perkauman ini akan membecah-belahkan kaum bukan sahaja memberi kesan dalam jangka masa yang pendek namun turut memberi kesan dalam jangka masa yang panjang. Kesan dalam jangka masa yang masa yang pendek, contohnya sekiranya orang melayu tidak diberi peluang pekerjaan di kebanyakkan perniagaan yang dipunyai oleh masyarakat Cina atau India. Ini akan mewujudkan pandangan yang serong dan rasa tidak puas hati. Dalam jangka panjang pula, perasaan ini akan menjadi teruk dan lebih mendalam dan mungkin akan membawa kepada rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 12 Mac 2001,dan ini akan membawa keancaman kepada struktur sosial di Malaysia dan rakyat tidak akan dapat hidup aman lagi.

            Ekoran daripada keruntuhan struktur sosial di Malaysia ataupun perpecahan kaum di Malaysia mungkin akan menyebabkan aktiviti ekonomi dipersekitaran tidak dapat berjalan dengan lancar dan juga mungkin berhenti dengan serta-merta. Hal ini akan mengakibatkan kawasan tersebut dan Negara mengalami kerugian atau defisit dimana perbelanjaan melebihi pendapatan. Antara sebabnya, apabila berlaku rusuhan kaum , kerajaan terpaksa membelanjakan banyak duit untuk mengamankan Negara dan pada masa yang sama pendapatan Negara akan berkurang disebabkan ekonomi terbantut. Selain daripada itu, pelabur-pelabur juga akan menghentikan pelaburan mereka di Malaysia kerana risau mengalami kerugian dan pelabur luar negara ingin melabur di Malaysia juga akan membatalkan hasrat mereka. Mata wang Malaysia juga akan jatuh teruk dimana apabila berlakunya ketidaktenteraman di Malaysia, ramai akan meninggalkan Negara Malaysia untuk mencari tempat yang lebih selamat dan ini akan mengakibatkan duit ringgit Malaysia keluar dengan banyaknya dari Malaysia.  

            Selain itu, ianya memberi kesan kepada integriti dan imej negara seperti yang telah dicatatkan dalam sejarah Malaysia Tunku Abdul Rahman ,Tun V.T Sambanthan dan ahli politik kaum yang lain mendapatkan kebebasan Negara dengan membuktikan kepada kerajaan British mahupun negara di luar sana yang rakyat di Malaysia mampu bersatu padu di bawah satu pentadbiran maka atas sebab inilah kita diberi kemerdekaan suatu ketika dahulu dan atas sebab itu jugalah Negara kita dipandang tinggi kerana mampu bergerak walaupun rakyatnya terdiri daripada banyak kaum. Jikalau rusuhan kaum berlaku lagi, ini akan mencemarkan nama baik negara dimana ia akan jelas menunjukkan negara gagal dalam menyatupadukan penduduknya malah keadaan menjadi semakin teruk. Ini akan menconteng arang terhadap imej dan integriti Negara sebagai sebuah negara yang berdaulat dan mengamalkan prinsip demokrasi.


4.0       PENGAJARAN         

Menurut Abdul Rahman Ismail (2005), Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberikan kesedaran dalam kehidupan berpolitik di Malaysia. Usaha ke arah persefahaman yang lebih baik antara kaum yang selama ini diterima seadanya telah mula diusahakan dengan secara sedar oleh kerajaan. Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati, bertolak-ansur, bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berprasangka buruk, berdengki, iri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum. Dengan terdapat pelbagai jenis kaum, agama, budaya dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang seperti yang telah berlaku Insiden Kampung Medan 12 Mac 2001 sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini. Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat. Pendek kata tanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.

            Tragedi 13 Mei 1969 dan Insiden Kampung Medan 12 Mac 2001 juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar dicapai jika masyarakat Malaysia kurangnya kesedaran tentang perpaduan dan juga faktor-faktor lain sebagai contoh kemiskinan ianya menjadi lebih sukar jika majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja. Keadaan ekonomi dan demografi penduduk Malaysia menunjukan bahawa majoroti penduduk Bumiputera tinggal di luar bandar kebanyakan adalah berpendapatan rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi isu di dalam masyarakat Malaysia, khususnya masyarakat Bumiputera. Untuk mencapai keharmonian hidup adalah sukar. Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia dan peristiwa itu hampir-hampir memusnahkan negara ini. Sekali lagi disebabkan kurang peka tentang sensitiviti masyarakat lain maka terjadilah Insiden Kampung Medan 12 Mac 2001. Dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.
            Bermula daripada kemerdekaan hingga kini, kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang  sosioekonomi yang menjurus terhadap pembentukan perpaduan ini. Dasar - dasar tersebut termasuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan  dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar tersebut telah dikukuhkan lagi dengan ideologi negara yakni Rukun Negara. Untuk mengukuhkan lagi perpaduan ini telah diperkenalkan juga Dasar Wawasan, Dasar Pembangunan Negara dan Dasar Sosial Negara. Oleh yang demikian berbagai strategi telah dirangka Dalam Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional untuk mempertingkatkan perpaduan. Antaranya melalui strategi politik.  Perlembagaan telah menetapkan  bentuk dan lambang – lambang negara, Kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan bukan Melayu,  Oleh yang demikian langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memajukan Negara haruslah berteraskan perlembagaan disamping memupuk hubungan yang akrab antara etnik.

            Selain itu apabila wujud kesedaran satu bangsa Malaysia menjadi semakin mantap dan  semangat kewilayahan semakin cair,  maka pertubuhan – pertubuhan yang merentasi batas – batas perkauman akan muncul. Perkembangan  positif  ini akan mempercepatkan lagi proses pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Daripada strategi  ekonomi pula  dilihat sebagai satu usaha untuk mewujudkan keseimbangan. Salah satu faktor yang menyebabkan ketegangan adalah disebabkan ketidakseimbangan ekonomi serta taraf sosioekonomi itu sendiri. Masalah ini dirumitkan apabila etnik – etnik tertentu dikaitkan dengan aktiviti – aktiviti ekonomi tertentu. Oleh yang demikian untuk memastikan ianya tidak terjadi beberpa langkah harus diambil. Antaranya Pengimbangan taraf ekonomi antara kaum dan wilayah harus diusahakan tanpa merugikan mana – mana pihak. Selain itu juga program untuk mengurangkan kemiskinan juga perlu tanpa mengira sebarang kaum. Dan yang terakhir sekali,  sektor swasta juga harus memainkan peranan yang aktif dalam mengurangkan ketidakseimbangan ini  dan usaha – usaha mengurangkan ekonomi berasaskan pengenalan kaum ini juga haruslah dielakkan.


            Daripada aspek pendidikan pula ianya sangat penting dalam membina wadah dan jati diri seseorang. Menurut Sufean Hussin (2000), dalam bukunya Motivasi Dasar Pendidikan Perspektif Sistem dan Organisasi menyatakan pendidikan merupakan faktor yang penting  bagi perubahan dan kemajuan ekonomi sesebuah negara. Pendidikan juga dikatakan sebagai wadah perjuangan bagi merealisasikan wawasan 2020 kearah membentuk masyarakat Malaysia yang progresif dalam bidang sains dan teknologi, integrasi nasional dan  dan ketahanan moral serta berfikiran terbuka. Peranan sistem pendidikan  ialah untuk menyediakan persekitaran serta kemudahan bersosialisasi dalam kalangan rakyat dan menyediakan persekitaran serta kemudahan untuk golongan muda agar akses terhadap perpaduan ini dapat ditingkatkan.

            Dalam aspek penggunaaan bahasa kebangsaan pula, penggunaan satu bahasa yang sama amat penting. Ianya sangat berkesan dalam  memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang serba berbeza daripada aspek kebudayaan agama dan bahasa. Usaha ini akan membentuk satu komunikasi yang sempurna. Ianya sangat penting supaya cirri persamaan antara kaum itu dapat ditingkatkan seterusnya membawa kepada perpaduan yang erat dalam negara. Disamping itu, dalam  soal keagamaan pula semua rakyat Malaysia adalah bebas untuk mengamalkan ajaran dan agama masing -masing. Oleh yang demikian setiap daripada warganegara haruslah menghormati agama lain dan bukannya mencari perbezaan. Setiap perkara dan tindak tanduk yang dilakukan berdasarkan agama juga hendaklah dilaksanakan dengan penuh berhati-hati tanpa menyinggung mana-mana pihak.

            Manakala untuk kebudayaan pula,  dizahirkan satu kebudayaan nasional yang menjadi milik bersama rakyat negara tanpa mengira kaum, keturunan dan wilayah yang merupakan asas pembentukan bangsa. Kebudayaan ini terbentuk hasil daripada apa yang telah termaktub dalam  Dasar Kebudayaan Kebangsaan untuk memastikan ianya mengambil kira semua pihak dalam hubungan etnik ini. Dalam Strategi wilayah pula  kedudukan  Geografi banyak melahirkan integrasi yang kukuh antara Negeri-Negeri di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Pelbagai langkah yang telah diambil untk mengintegrasikan antara kedua-dua wilayah ini. Antaranya  penambahbaikan dalam sistem perhubungan kebangsaan dan pengangkutan. (Nazaruddin Mohd Jali et. al. 2001)
            Seterusnya daripada aspek pembangunan kawasan. Pemaju-pemaju sesuatu kawasan harus mengambil kira  aspek perpaduan untuk memajukan sesuatu kawasan.  Sesuatu kawasan itu harus lah didiami oleh penduduk yang berlainan kaum. Hal ini supaya sentiment perkauman dapat dielakkan. Perlaksanaan aktiviti seperti rukun Tetangga dan sebgainya juga harus dilaksanakan tanpa mengira agama dan kaum. Ianya sangat penting supaya perpaduan dapat dibentuk. Selain itu pengajaran yang dapat diperolehi dan dititikberatkan dalam strategi penggunaan tenaga manusia pula majikan samada dalam sektor swasta mahupun kerajaan perlulah memastikan agar perlantikan sesuatu jawatan tidak berdasarkan kepada faktor budaya, agama dan kaum. Pemilihan perlulah berdasarkan keadilan dan kerakyatan. Ianya sangat penting supaya wujud  keadilan dan perkara ini akan membawa kepada perpaduan antara etnik itu sendiri supaya tidak timbul rasa iri hati terhadap etnik lain.

            Akhir sekali, media massa pula perlu memainkan peranan yang penting dan merupakan satu usaha untuk memaparkan dan menghubungkan semua rakyat hinggalah ke kawasan pedalaman. Penyampaian maklumat juga haruslah bersifat positif, memupuk nilai-nilai murni kearah membentuk negara harmoni dan maju. Strategi-strategi lain termasuklah dalam bidang kesukanan, pemasyarakatan perpaduan, penubuhan sukarela penyelidikan, program aktiviti perpaduan dan pemantauan isu-isu semasa dan konflik. Pengajaran yang kita perolehi daripada kedua-dua peristiwa ini merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku semua pihak mulai sedar dan saling bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan kini. Apa yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apa pun fahaman politik dan saling membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang sewajarnya agar ia berjaya mencapai matlamatnya. Peristiwa ini telah menyedarkan dan memaksa pemimpin-pemimpin negara meneliti isu perpaduan dengan lebih serius. Hasil penelitian itu, tindakan jangka pendek dan jangka panjang telah diambil untuk memulihkan dengan segera keamanan dan memupuk kembali bibit-bibit perpaduan yang telah goyah.


5.0       KESIMPULAN
Hidup bermasyarakat, saling menghormati, bertolak ansur dan mengukuhkan perpaduan merupakan faktor yang sering dikaitkan dalam masyarakat Malaysia.  Sebelum mendapat kemerdekaan, masyarakat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak tidak mengenal erti perpaduan dalam masyarakat kerana mementingkan hak-hak yang dianggap penting untuk kaum sendiri. Disebabkan penguasaan penjajah, penduduk peribumi tidak dapat mentadbir tanah tumpah sendiri. Selain itu, dasar pecah perintah yang diperkenalkan oleh penjajah telah memisahkan kaum-kaum dan menetapkan ekonomi sara diri mereka. Dasar ini kelihatan tidak adil kepada masyarakat peribumi itu sendiri kerana impak yang dihadapi masih terasa sehingga masa kini. Perpaduan dalam masyarakat juga sukar dibentuk kerana telah dipisahkan mengikut ekonomi sara diri.

            Setelah pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan kemerdekaan, akhirnya perpaduan menjadi faktor utama dalam mencapai kemerdekaan. Perpaduan yang terbentuk suatu ketika dahulu masih lagi kekal sehingga ke hari ini. Menjadi asas dalam kemajuan negara, perpaduan merupakan tiang kepada kemakmuran masyarakat yang pelbagai di Malaysia. Perpaduan dalam hubungan etnik di Malaysia dipupuk dari bangku sekolah lagi. Minda generasi muda cuba dipupuk dengan perpaduan sejak dari usia yang muda lagi. Selain itu, usaha pemupukan unsur positif dalam hubungan etnik ini juga dilaksanakan dari aspek sosial, politik dan ekonomi. Kerjasama yang sihat serta kesamarataan dilakukan dengan sebaik-baiknya untuk mengelakkan berlakunya rasa tidak puas hati sesetengah pihak. Semua yang dilaksanakan oleh kerajaan hanyalah untuk mencapai kemakmuran.


            Pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat yang berpegang teguh kepada aspek perpaduan pastinya dapat mengekalkan kemakmuran dalam negara. Jika tidak dijaga, pastinya peristiwa 13 Mei 1969 dan Insiden Kampung Medan 12 Mac 2001 akan berulang. Kesedaran rakyat Malaysia dalam menjaga kemakmuran dan keharmonian negara perlulah pada peringkat yang paling utama. Masyarakat perlu peka terhadap sensitiviti sesebuah kaum bagi mengelakkan salah faham. Kehidupan masyarakat yang berbagai ini amat menarik sekali jika penuh dengan rasa sayang, harmoni dan bersatu padu. Namun, nikmat tersebut boleh hilang jika tiada kesedaran diambil dan perpaduan dipandang secara sambil lewa. Oleh itu semua pihak yang mendiami tanah Malaysia ini haruslah sedar akan kewujudan cabaran-cabaran yang boleh mengganggu gugat hubungan antara etnik. Biarlah kita  berasal daripada etnik yang berbeza, namun identiti dan ideologi kita sebagai rakyat  harulah sama dan tidak berbelah bagi. Perpaduan yang ada ini sangat penting bagi kita dan masyarakat Malaysia khususnya, supaya kelangsungan hidup kita mampu diteruskan  dan kehidupan harmonis yang kita nikmati sekarang akan terus berkekalan sehinggalah pada generasi yang mendatang.

Friday 14 February 2014

PENERAPAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH (KPS)
Oleh;
Hjh. Sharifah Afida Syed Hamid (SM Sains Sultan Ibrahim, K. Terengganu)
Azman Achutan Abdullah (SMK Mersing, Johor)
Ginawati Raji (SMK Senai, Johor)
Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan satu proses berfikir bagi
membolehkan murid-murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan
bimbingan guru. KPS merangkumi :

i ) memahami kronologi
• Melihat masa lalu, kini dan akan datang
• Memahami konsep masa
• Memahami konversi masa

ii ) meneroka bukti
• Mengenal pasti sumber pertama dan kedua
• Membuat perbandingan antara sumber
• Menentukan signifikan, tarikh, tokoh, lokasi peristiwa serta
bagaimana peristiwa itu berlaku.

iii ) membuat interpretasi
• Membuat tafsiran sesuatu peristiwa sejarah
• Membezakan antara tafsiran dengan perspektif
• Membezakan antara fakta sejarah dengan tafsiran sejarah

iv ) membuat imaginasi
• Melibatkan diri dalam sesuatu peristiwa sejarah
• Membuat imaginasi secara visual
• Membuat imaginasi secara empati

v ) membuat rasionalisasi
• Menggunakan akal fikiran untuk membuat pertimbangan
yang wajar bagi menyelesaikan sesuatu persoalan
• Memerlukan kemahiran mengumpul data, hipotesis,
menentukan signifikan bukti dan membuat inferens
• Membuat rasionalisasi melalui kajian sumber sejarah secara
kritis.

Penerapan KPS boleh dilaksanakan di dalam atau di luar bilik darjah. KPS juga
sesuai digunakan dalam hampir semua peristiwa sejarah.
KPS sesuai digunakan semasa set induksi bagi merangsang minda murid. KPS
juga boleh diterapkan secara sisipan semasa P&P dan semasa membuat
ulangkaji.



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

SEJARAH



Mata Pelajaran dan Kelas
Sejarah  Tahun  4 Mawar
Tema/Tajuk
Masa
11.40 – 12.40 t/hari

Fokus
 Standard Kandungan:   
2.1  Zaman Air Batu.


Standard Pembelajaran:
2.1.1    Menyatakan maksud  Zaman Air Batu
2.1.2    Menyatakan perubahan yang berlaku pada Zaman Air
            Batu
K2.1.4 Menyatakan keperluan menghargai alam sekitar.


Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid  akan dapat;
i.       Menyatakan maksud zaman air batu.
ii.      Menjelaskan perubahan-perubahan yang berlaku pada zaman air batu.
iii.     Murid dapat menyatakan tiga   keperluan menghargai alam sekitar.


Aktiviti
1.       Menonton tayangan video  pada musim sejuk   ”Ice Age 2” (TMK).
2.       Guru menjana idea murid dengan bercerita tentang keadaan zaman air batu berdasarkan video yang ditonton.
3.       Guru bersoal jawab dengan murid tentang video mengikut pengetahuan sedia ada murid.
4.       Murid diagihkan kepada 5 kumpulan.
5.       Murid dibawa keluar kelas.
6.       Setiap kumpulan diberi beberapa kiub ais. Murid melihat perubahan yang berlaku kepada kiub ais dan guru mengaitkan dengan pengajaran berdasarkan tajuk.
7.       Setiap kumpulan memberikan pendapat tentang perubahan yang berlaku pada kiub ais tersebut dalam konteks Zaman Air Batu.
8.       Guru menjelaskan Zaman Air Batu dalam konteks sejarah dengan menerapkan nilai menghargai alam sekitar seperti mencintai alam sekitar daripada berlakunya bencana.
9.       Murid berbincang dalam kumpulan tentang keperluan menghargai alam sekitar dan guru memberikan bimbingan kepada setiap kumpulan.
10.   Ketua kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
11.   Guru dan murid membuat ulasan dan kesimpulan.
12.   Guru memberikan latihan pengukuhan kepada murid untuk membuat banding beza tentang alam sekitar berdasarkan  bahan bergambar.

EMK
Nilai Murni                           – bersyukur, kasih sayang,  
                                               menghargai alam sekitar,team
                                               building
KPS                                     - Elemen asas sejarah 
Dimensi Kewarganegaraan – berbangga dengan sejarah asal-         
                                               usul negara.
TMK                                    – belajar melalui TMK
Bahan Bantu Belajar
Komputer, LCD,DVD, kertas mahjong, kuib ais dan alat tulis,    
Refleksi (dicatat selepas proses pengajaran & pembelajaran selesai)
30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.



STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
EMK
CATATAN
Permulaan (5 minit)
Menonton tayangan video klip
1. Murid menonton tayangan video klip ’Ice Age’

2. Guru bertanyakan soalan kepada murid berkaitan klip video yang ditayangkan:

a)     Siapa tahu  tajuk cerita ini?
Murid menjawab soalan guru secara lisan
b)     Apa maksud tajuk itu dalam bahasa Melayu?
Murid  menjawab secara lisan
c)     Masa itu semua kawasan dilitupi/ dipenuhi apa?
            Murid menjawab soalan guru

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

Nilai Murni
-bersyukur
- kasih sayang

EMK
-TKP
-TMK
KB
-Menjana Idea
-menghubung kait
BBM
-Komputer riba, LCD, DVD


Aktiviti 1 (15 minit)
1. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan . Kumpulan 1 diminta menyenaraikan keadaan semasa cuaca sejuk /terlalu sejuk. Kumpulan 2 menyenaraikan sebab-sebab cuaca menjadi sejuk/ terlalu sejuk.
2. Murid-murid berbincang dalam kumpulan masing-masing  menyenaraikan hasil dapatan mereka dalam kertas sebak.
3. Guru meminta setiap ketua kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
4. Murid membentangkan hasil dapatan masing-masing.
5.  Guru merumuskan pembentangan murid dan mengaitkannya dengan proses membuat air batu di rumah masing-masing.

6. Guru cuba mengaitkan isi pelajaran dengan meminta murid menjelaskan maksud zaman air batu.
7. Murid memberikan pelbagai jawapan.
8. Guru memberikan pengukuhan dan memberikan jawapan yang paling tepat tentang maksud zaman air batu.

EMK
keusahawanan
Nilai
menghargai alam
KB
menjana idea

Ciri cuaca sejuk
menggigil
salji
baju tebal

Ciri cuaca panas
berpeluh
matahari terik
haus/ dahaga

Zaman air batu adalah dunia diliputi salji/ air batu dan berkeadaan sejuk


Aktiviti 2 (20 minit)
1. Guru menunjukkan gambar slaid/ klip videokawasan-kawasan yang dilitupi air batu yang sedang mencair.

2. Murid diminta menjelaskan peristiwa/ kandungan klip video

3. Guru juga merumuskan jawapan murid dengan satu eksperimen ringkas iaitu kiub air batu yang terdedah.
  
4. Guru meminta murid menyenaraikan sebab-sebab air batu mencair.

5.Murid menyenaraikan sebab-sebab air batu mencair.
6. Guru menyoal murid kenapa cuaca menjadi panas.

Murid-murid memberi beberapa jawapan .

7. Guru mengaitkan jawapan murid dengan menerangkan tentang keadaan dan pencairan zaman air batu dengan bantuan gambar-gambar berkaitan dan mengaitkan dengan perubahan zaman air batu.

Nilai
menghargai alam

EMK
ICT

KB
memberi sebab


suhu dibawah takat beku
manusia bergerak bebas
dunia seolah-olah satu daratan sahaja
litupan air batu yang jelas
Aktiviti 3 (15 minit)
1.  Guru menyediakan tiga stesen. Setiap stesen      
     disediakan gambar-gambar dan kad arahan
     Murid dibahagikan kepada 3 stesen berikut:
     Stesen 1 (zaman Air batu) -
     Stesen 2 (perubahan-perubahan zaman air
                    batu)
     Stesen 3 (alam sekitar)

2.  Murid akan bergerak ke setiap stesen yang
     ditetapkan. Murid akan menjawab soalan
     berdasarkan arahan yang terdapat dalam 
     kad arahan dalam kertas sebak yang  
     disediakan.

3.  Murid akan membentangkan jawapan
     mereka dan guru akan memberi
     maklumbalas.
   

EMK
ICT

KB
menjana idea
menjelas


BBM
gambar






Penutup (5 minit)
1.  Guru menunjukkan semula gambar-gambar
     berkaitan zaman air batu.

2.  Murid diminta menyatakan kepentingan
     menjaga alam sekitar. 

3. Guru merumuskan isi-isi penting dalam 
    pelajaran hari ini.
Nilai
menjaga alam sekitar


Contoh : Kad/ gambar untuk stesen
Kad Arahan
            Stesen 1 :
Berdasarkan gambar dibawah, kumpulan anda diminta menjawab soalan-soalan berikut:
(contoh gambar)

1.       Apa yang anda dapat perhatikan dari gambar di atas?

2.       Bagaimana keadaan waktu ini?

3.       Bolehkah air batu dalam gambar di atas cair?

4.       Mengapakah air batu boleh cair?

Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran
Sejarah /
Tema / Tajuk
Zaman Prasejarah
Kelas
4 Bersatu
Masa
8.00-9.00 pagi
Tarikh
20-9-2013
Standard Kandungan
3.1  Kehidupan manusia prasejarah.
Standard Pembelajaran
3.1.1. Menyatakan maksud prasejarah.
3.1.2  Menyatakan lokasi prasejarah
3.1.3  Menyatakan kegiatan masyarakat prasejarah
K3.1.8  Menyatakan sikap manusia prasejarah

EMK
Nilai : Rajin berusaha, bekerjasama dalam kumpulan
KPS : Konsep masa
Dimensi Kewarganegaraan : Perkongsian sejarah
TMK : belajar melalui TMK

Objektif
Di akhir pembelajaran , murid dapat:-
1.   Menyatakan maksud prasejarah.
2.   Menyatakan 4  lokasi kehidupan prasejarah
3.   Menyenaraikan 4  kegiatan masyarakat prasejarah.

Bahan Bantuan Mengajar
Video , gambar , puzzle
Aktiviti




Set Induksi  (5 minit)
1. menunjukkan suasana atau situasi
     zaman prasejarah.
Contoh : gua, orang purba,   
dinosaur( bersoal jawab dengan murid)
2.  Guru menerangkan maksud prasejarah
      – masukan dari segi pakaian

Langkah 1 (15minit)
1.  Penempatan kehidupan zaman prasejarah (mencungkil pengetahuan sedia ada murid)
Contoh : Sungai , gua , atas pokok


Langkah 2 ( 15 minit)
Mengapakah tempat tinggal itu menjadi tumpuan ? (Huraikan )
- Keselamatan- atas pokok
- Sumber makanan senang diperolehi
- Sumber air – minuman
- Pengangkutan


Langkah 3( 20 minit)
1. Aktiviti mencantum gambar  lokasi dan mengaitkan aktiviti manusia  pra sejarah.
2. Bahagikan  murid  dalam 4 kumpulan.
   Kumpulan 1- Gua
   Kumpulan 2 – Sungai
   Kumpulan 3 – kawasan lapang
   Kumpulan 4 – pinggir hutan
3. Pembentangan kumpulan.
Setiap kumpulan akan membentangkan
hasil kumpulan .

Penutup ( 5 minit)
1. Aktiviti kuiz secara lisan / spontan.
Contoh:
-        Berikan maksud prasejarah
-        Berikan 2 lokasi prasejarah
-        Berikan 4 kegiatan prasejarah.


Video
puzzle








Video  gambar

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
SEJARAH
Mata Pelajaran dan Kelas
Sejarah  Tahun  4 Kreatif
Tema/Tajuk
4. Kerajaan Melayu Awal
Masa
8.40 – 9.40 pagi
Standard Kandungan
4.1       Mengetahui dan memahami kedudukan kerajaan Melayu            awal

Standard Pembelajaran

4.1.1    Menamakan kerajaan-kerajaan Melayu awal.
4.1.2    Mengenal pasti lokasi kerajaan-kerajaan Melayu awal             pada peta Malaysia
K4.1.5 Menyatakan keistimewaan kerajaan-kerajaan Melayu awal

Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid  akan dapat;
i.       Menamakan dan menandakan 3 lokasi kerajaan-kerajaan Melayu pada peta Malaysia.
ii.      Menyebut keistimewaan kerajaan-kerajaan Melayu Awal


Aktiviti
1.       Menayangkan slaid peta Malaysia
2.       Bersoaljawab dan perbincangan tentang lokasi kerajaan-kerajaan Melayu di Malaysia.
3.       Mengenalpasti keistimewaan setiap kerajaan-kerajaan Melayu awal
4.       Menjelaskan kegiatan ekonomi di setiap lokasi –cara hidup

EMK
Nilai Murni                           – bersyukur, kerjasama, rajin, kreatif
                                     
KPS                                     - Elemen asas sejarah 
Dimensi Kewarganegaraan – Perasaan kekitaan
TMK                                    – belajar melalui TMK
Bahan Bantu Belajar
Komputer, LCD,DVD,  slaid powerpoint, buku latihan, alat tulis.
Refleksi








STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
EMK
CATATAN

Permulaan (5 minit)
Murid melihat tayangan video Hikayat Merong Mahawangsa

Perbincangan dan soal jawab berdasarkan video.

Menghubungkait tayangan video dengan tajuk pembelajaran
Nilai Murni
-bersyukur
- kasih sayang

EMK
-TKP
-TMK
KB
-Menjana Idea
-menghubung kait
BBM
-Komputer riba,
LC D, DVD



Aktiviti 1 (15 minit)
1.         Guru menayangkan slaid peta Malaysia

2.         Perbincangan dan penerangan tetang            kerajaan-kerajaan Melayu awal serta             lokasinya berdasarkan slaid peta             Malaysia

a)     Bruas
b)     Kedah Tua
c)     Gangga Negara

3.         Penerangan dan soal jawab tentang            keistimewaan kerajaan-kerajaan melayu             awal.


EMK
keusahawanan
Nilai
menghargai alam
KB
menjana idea



Skrin Paparan Peta Malaysia









Bahan dari internet –
Gambar-gambar tinggalan sejarah


Aktiviti 2 (15 minit)
1.         Guru membahagikan murid kepada            beberapa kumpulan.

2.         (Kumpulan Pintar) -Murid diminta            menandakan dan menamakan lokasi             kerajaan-kerajaan Melayu awal pada             peta Malaysia yang diberikan

3.         (Kumpulan Bijak) -Murid diminta            menamakan lokasi kerajaan-kerajaan             Melayu awal mengikut lokasi yang telah             ditandakan pada peta Malaysia  dengan             bimbingan guru.

4. .       (Kumpulan Pandai) -Murid diminta            melengkapkan nama kerajaan-kerajaan             Melayu awal  dengan mengisi huruf-             huruf yang tertinggal pada lokasi yang             ditanda pada peta Malaysia.
Nilai
Hormat- menghormati
Kerjasama


KB
Menghubung kait


Lembaran kerja –
Peta Malaysia









Aktiviti 3 (15 minit)
1.         Wakil murid diminta tampil ke hadapan            kelas membentangkan hasil kerja             kumpulan

2.         Perbincangan dan soal jawab tentang            hasil kerja yang dibentangkan.

3.         Guru mengedarkan lembaran kerja (peta            minda)

4.         Semua murid diminta melengkapkan            keistemewaan 3 kerajaan-kerajaan             Melayu awal berdasarkan gambar yang             disediakan.
   


KB
menjana idea
menjelas


Lembaran kerja






Penutup (5 minit)
1.         Guru meminta murid-murid membuat            kesimpulan tentang apa yang dipelajari.

2.         Guru merumuskan isi-isi penting dalam 
            pelajaran hari ini.

Nilai
Menghargai  jasa
patriotik







RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
SEJARAH

Mata Pelajaran dan Kelas
Sejarah  Tahun  4 Maju
Tema/Tajuk
Mari Belajar Sejarah
Masa
8.40 – 9.40 pagi

Fokus
 Standard Kandungan:   
1.2 Pengertian Diri dan Keluarga


Standard Pembelajaran:
1.2.2    Mengenalpasti salah silah keluarga
1.2.3    Menyatakan pengertian keluarga asas
1.2.4    Mengenalpasti gelaran anggota keluarga
K1.2.7  Menyatakan adap yang perlu diamalkan dalam keluarga

Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid  akan dapat;
i.       Menyatakan bilangan anggota dalam keluarga
ii.      Menyatakan panggilan dalam keluarga
iii.     Menyatakan maksud keluarga asas       
Aktiviti
1.       Menonton tayangan video  ”Keluarga bahagia”
2.       Bersoaljawab berkaitan dengan ahli keluarga.
3.       Menghasilkan salasilah keluarrga.
EMK
Nilai Murni                           – bersyukur, kasih sayang , sopan- 
                                               santun, hormat-menghormati
KPS                                     - Elemen asas salasilah keluarga
Dimensi Kewarganegaraan – bersyukur dikurniakan sebuah       
                                               keluarga
TMK                                    – belajar melalui TMK
Bahan Bantu Belajar
Komputer,video,  LCD, buku latihan, kertas lukisan, alat tulis,
Refleksi






STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI
EMK
CATATAN
Permulaan (5 minit)
Menonton tayangan video klip
1. Murid menonton tayangan video klip ”Keluarga bahagia”

2. Guru bertanyakan soalan kepada murid berkaitan lagu yang diperdengarkan.

a)     Siapakah yang perlu kita sayangi?
Murid menjawab soalan guru secara lisan
b)     Lagu ini tentang apa?
Murid  menjawab secara lisan

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

Nilai Murni
-bersyukur
- kasih sayang

EMK
-TKP
-TMK
KB
-Menjana Idea
-menghubung kait
BBM
-Komputer riba, LCD, Video


Aktiviti 1 (15 minit)
1. Guru menunjukkan carta sebuah keluarga asas.
2. Guru bertanyakan soalan berdasarkan carta tersebut.
 Contoh:
a.)   Siapakah ahli keluarga asas?
Ibu, bapa, , kakak, abang, adik dan saya
b.)   Siapakah ketua keluarga?
Ayah
c.)    Menyenaraikan ahli keluarga secara lisan.





EMK
keusahawanan
Nilai
Sopan santun
KB
menjana idea

ABM
Carta Keluarga
Aktiviti 2 (20 minit)
1. Guru bersoal jawab mengenai ahli keluarga murid.

2. Murid diminta menyatakan panggilan kepada ahli keluarga yang telah desenaraikan tadi.
 Contoh:
a.)   Bagaimana kamu panggil ayah kamu?

b.)   Bagaimana kamu panggil adik kamu?

3. Guru menerapkan nilai murni- hormat-menghormati semasa PdP.

4.Murid diminta menyatakan maklumat ahli keluarga seperti nama, umur dan pekerjaan(jika ada).

5.Guru menerangkan ayah merupakan ketua ahli keluarga.

Nilai
Kasih sayang
Sopan santun
Hormat-menghormati

EMK


KB




Aktiviti 3 (15 minit)
1.  Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

2. Murid diminta mennjawab soalan berdasarkan arahan yang dinyatakan dalam lembaran kerja.

3. Murid akan membentang jawapan mereka.

4. Guru memberi maklum balas.
     


EMK


KB
menjana idea
menjelas


BBM
Lembaran Kerja







Penutup (5 minit)
1.  Guru menayangkan semula lagu ”Keluarga Bahagia”

2. Murid diminta menyanyi bersama.

3.Guru merumuskan kepentingan  institusi keluarga .

Nilai
Kasih sayang





TAJUK KAJIAN KES:
KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU AWAL

4.1.1        Menamakan kerajaan-kerajaan Melayu awal.
4.1.2        Mengenal pasti lokasi kerajaan-kerajaan Melayu
                pada peta Malaysia.
K4.1.6     Menyatakan keperluan menjaga kebersihan pesisiran
                pantai.

                                                            




Penyataan Masalah:

Kerajaan Melayu Awal dikatakan telah wujud sejak sekian lama. Buktikan pernyataan tersebut.

Soalan yang boleh dikemukakan kepada murid sebagai panduan perkembangan idea.
1.   Nyatakan nama kerajaan melayu awal yang wujud dan lokasinya.
2.   Warnakan dan labelkan lokasi kerajaan melayu awal yang telah disenaraikan di peta.
3.   Senaraikan aktiviti berasaskan laut dalam kerajaan melayu awal.
4.   Apakah nilai murni yang perlu anda amalkan untuk menjaga kebersihan pesisiran pantai dan kepentingannya.











Objektif  kajian:

1.   Murid dapat menyatakan kerajaan awal yang wujud.(kognitif)
2.   Murid dapat mengenalpasti lokasi kerajaan melayu awal. (psikomotor)
3.   Murid dapat menamakan laut/selat/ pulau pada peta tentang kewujudan kerajaan melayu awal. (psikomotor)
4.   Murid dapat menyatakan aktiviti berasaskan laut dalam kerajaan melayu awal. (kognitif)
5.   Murid dapat menyatakan keperluan menjaga kebersihan alam sekitar terutama di persisisran pantai. (afektif)

Rujukan sumber:

1.   Buku teks
2.   Internet
3.   Temubual
4.   Surat khabar
5.   Majalah
6.   Lain-lain

Kaedah pelaksanaan:
1.   Perbincangan bersama dengan guru tentang topik.
2.   Dilakukan secara berkumpulan (2- 3 orang).
3.   Guna kertas A4 (1-5 halaman).
4.   Boleh menggunakan tulisan tangan atau ditaip ( font:Times New Roman, saiz: 14)
5.   Muka depan hasil kerja mesti ada tajuk, nama murid, kelas dan nama guru.
6.   Tempoh masa kajian selama 2 minggu.

Laporan Kajian:
1.   Buku skrap
2.   Pembentangan



a.    Pemilihan tajuk ( Kajian Peristiwa)

TAJUK 1:  ZAMAN PRASEJARAH
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran


3.1  Kehidupan manusia prasejarah


3.1.1 Menyatakan maksud prasejarah
3.1.2  Menyatakan lokasi prasejarah
3.1.3  Menyatakan kegiatan masyarakat 
          prasejarah
3.1.4  Mengenal pasti alatan dan
          kegunaannya dalam masyarakat     
           prasejarah
3.1.5   Menyatakan kepercayaan manusia
           prasejarah




Kehidupan Zaman Prasejarah
Arahan:
           Persoalan lain yang boleh ditimbulkan oleh guru untuk membantu murid mengembangkan idea.
Soalan-soalan Kajian Kes

1.      Apakah yang dimaksudkan dengan prasejarah?
2.     Nyatakan lokasi atau tempat prasejarah yang kamu ketahui? (berserta gambar)
3.     Bagaimanakah cara hidup masyarakat manusia prasejarah? (tempat tinggal, perubahan petempatan)
4.     Senaraikan kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat prasejarah untuk meneruskan kehidupan seperti mencari sumber makanan dan tempat perlindungan.
5.     Senaraikan alatan dengan menggunakan oleh nmasyarakat prasejarah dan kegunaan alatan tersebut.
6.     Apakah jenis kepercayaan masyarakat prasejarah?

Soalan banding beza hasil dapatan.

1.      Nyatakan perbezaan cara hidup masyarakat prasejarah dengan masyarakat sekarang dalam pelbagai aspek.
2.      Bandingkan peralatan zaman prasejarah dengan peralatan zaman sekarang.
3.     Bezakan jenis kepercayaan masyarakat  prasejarah dengan kepercayaan masyarakat sekarang?

Kesimpulan

1.      Mengapakah kita perlu menghargai tinggalan sejarah?
2.     Apakah pendapat kamu tentang masyarakat prasejarah dan kaitan dengan kehidupan kamu pada masa kini?
CONTOH PELAKSANAAN KAJIAN KES

PROSES PELAKSANAAN


LANGKAH 1:  PENYATAAN MASALAH

 Guru mengenal pasti tajuk / tema

3.1    Kehidupan manusia prasejarah

LANGKAH 2: OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk membolehkan murid:

1.      Menyatakan cara kehidupan masyarakat prasejarah
2.      Menyenaraikan alatan dan kegunaan alatan tersebut dalam masyarakat prasejarah.
3.      Menyatakan kepentingan menghargai tinggalan sejarah.
4.      Menyatakan kepercayaan manusia prasejarah.

PERANCANGAN GURU
·       Menetapkan tempoh kajian selama sebulan
·       Pembentukan kumpulan (3-5 orang dalam satu kumpulan)
·       Memberi tugasan-berikan beberapa soalan perbincangan bagi mencungkil pendapat murid
·        Menentukan kaedah kajian yang ingin dilakukan:-
-              Kaedah kajian menggunakan media. Contoh: internet
-              Kaedah kajian Pusat sumber

Menentukan bentuk laporan -  buku skrap dan pembentangan/lakonan

LANGKAH 3: RUJUKAN SUMBER


1.      Buku teks Kajian Tempatan Tahun 4.
2.     Buku teks Sejarah Tahun 4
3.     Buku teks Sejarah Tingkatan 1
4.     Laman sesawang


LANGKAH 4: ANALISIS DATA

Banding beza hasil dapatan daripada pelbagai sumber
rujukan.

1.     Perbandingan kehidupan masyarakat zaman dahulu dengan kehidupan sekarang.
2.     Perbandingan peralatan-peralatan dahulu dengan peralatan sekolah.
3.     Perbandingan jenis kepercayaan masyarakat prasejarah dengan masyarakat sekarang.


LANGKAH 5: LAPORAN KAJIAN
     Laporan: Pembentangan/laporan bertulis/ buku skrap
     Hasil Laporan :
·             Mengandungi 1 – 5 halaman
·             Merangkumi Tajuk Kajian, Pendahuluan, Perbincangan( Hasil Kajian), Kesimpulan dan Rujukan.







a.    Pemilihan tajuk ( Kajian Peristiwa)

TAJUK 5:  TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran


5.2  Parameswara sebagai pengasas Kesultanan Melayu Melaka











5.2.2 Menjelaskan rentetan peristiwa perlalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.

K5.1.5 Menyatakan sifat-sifat kepimpinan tokoh yang boleh dicontohi




b.    Mengenalpasti masalah dan membina hipotesis
Peta perjalanan Parameswara

TAJUK KAJIAN KES:



Melaka merupakan sebuah sebuah negeri yang boleh dibanggakan.Menjelaskan rentetan peristiwa perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.
Buktikan pernyataan tersebut.








Arahan:
           Persoalan lain yang boleh ditimbulkan oleh guru untuk membantu murid mengembangkan idea.

1.     Siapakah Parameswara?
2.     Parameswara berasal dari mana?
3.     Apakah peristiwa yang mendorong Parameswara melarikan diri dari Palembang ke Temasik ?
4.     Kenapakah Parameswara melarikan diri pula dari Temasik ke Muar ?
5.     Bagaimanakah Melaka mendapat nama?




CONTOH PELAKSANAAN KAJIAN KES

PROSES PELAKSANAAN


LANGKAH 1:  PENYATAAN MASALAH

 Guru mengenal pasti tajuk / tema

5.2.2 Menjelaskan rentetan peristiwa perlalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.


LANGKAH 2: OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk membolehkan murid:

1.      Menyatakan sejarah kewujudan tokoh terbilang  Parameswara.
2.      Mengenalpasti perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.
3.      Mengenal pasti bagaimanakah Melaka mendapat nama.
4.      Mengaplikasi kemahiran meneroka bukti bagi menjana pemikiran kritis dan kreatif.
PERANCANGAN GURU
·       Menetapkan tempoh kajian- SEBULAN
·       Pembentukan kumpulan(jika perlu)
·       Memberi tugasan-berikan beberapa soalan perbincangan bagi mencungkil pendapat murid
·        Menentukan kaedah kajian yang ingin dilakukan:-
-              Kaedah kajian perpustakaan
-              Kaedah TMK
Menentukan bentuk laporan-buku skrap/persembahan/ pembentangan



LANGKAH 3: RUJUKAN SUMBER

·             Majalah/buku
·              Dokumen/Jurnal
·              Laman sesawang
·              Muzium/Arkib/Agensi berkaitan-Jabatan Penerangan,Agensi Pelancongan

LANGKAH 4: ANALISIS DATA

Banding beza hasil dapatan daripada pelbagai sumber rujukan.

LANGKAH 5: LAPORAN KAJIAN
     Laporan: Pembentangan/laporan bertulis/ buku skrap
     Hasil Laporan :
·             Mengandungi 1 – 5 halaman
·             Merangkumi Tajuk Kajian, Pendahuluan, Perbincangan( Hasil Kajian), Kesimpulan dan Rujukan.









Melaka merupakan sebuah  negeri yang boleh dibanggakan,RENTETAN peristiwa perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.
Buktikan pernyataan tersebut.
Nama ahli kumpulan:  1.choo lai hoe
                                              2.nurul azila
                                                      3.zaiton taib
                                                     4.azlina faharuddin
                                                    5.juliati jantan
                                                    6.n.vasugi
                                                    7.fu lee kuan
                                                    8.lee foong foong
                                                   9. norhaniza shahabuddin
                                         10.suhaimi hashim
                                             11.anna hanim  othman
                                            12.noor  hayati  harun
PENDAHULUAN

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara. Parameswara telah mengasaskan Melaka
pada sekitar tahun 1400. Parameswara mendapati Melaka banyak mempunyai keistimewaan.Keistimewaan Melaka:

i.                 Pokok bakau boleh dijadikan sumber kayu api dan dibuat tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan benteng pertahanan.

ii.                Terdapat bukit yang boleh menjadi petunjuk pelayaran. Dari bukit ini juga mereka dapat mengawal kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.


iii. Muara Sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun sesuai dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.









  
Perbincangan


Mari kita lihat peristiwa Parameswara mengasaskan Melaka. Parameswara merupakan putera raja yang berasal dari Palembang. Sumatera. Parameswara berusaha untuk membebaskan palembang daripada naungan kerajaan Majapahit. Apabila gagal, Parameswara melarikan diri ke Temasik.
                                              
Temasik merupakan negeri di bawah naungan kerajaan Siam. Parameswara telah menguasai Temasik. Tindakan Parameswara menimbulkan kemarahan Siam. Oleh itu, Siam mengatur rancangan untuk menyerang Temasik.

Walau bagaimanapun, Parameswara bertindak melarikan diri ke Muar sebelum sempat Siam menyerang. Di Muar, Parameswara masih berasa dirinya tidak selamat.

Parameswara meneruskan perjalanannya ke utara melalui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya, Parameswara tiba di sebuah perkampungan nelayan. Semasa tiba di sebuah kampung nelayan, Parameswara dan pengikutnya berehat di bawah sepohon pokok. Parameswara telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai. peristiwa ini dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan seekor anjing. Kegagahan pelanduk menyebabkan baginda merasakan tempat itu istimewa untuk mendirikan kerajaan. Oleh itu, baginda telah menamakan kawasan tersebut sebagai Melaka sempena nama pokok tempat baginda berehat.







Peta menunjukkan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.





 sumber : http://ibrahimputeh.blogspot.com/